Sunday 16 September 2012

JK PENTADBIRAN

BAHAN KSSR PENDIDIKAN KESIHATAN BAGI GURU TAHUN 3 2012
oleh : Pn. Kamisah Binti Malik,
 Pembantu Tadbir (P/O) 
pada 14 Sep 2012


MOHON SEMUA SEKOLAH RENDAH MUAT TURUN BAHAN KSSR PENDIDIKAN KESIHATAN UNTUK DIBAWA SEMASA KURSUS TERSEBUT.  SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI ENCIK ZOOL HILMAN BIN HAIRONI DI TALIAN  019-7881705.  SEKIAN TERIMA KASIH.


Lampiran Fail

http://ppdpgudang.edu.my/images/document-pdf.png
http://ppdpgudang.edu.my/images/document-pdf.png


Tindakan : GURU BESAR/KP KESIHATAN/SEKOLAH SWASTA

TARIKH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN SEKOLAH

TARIKH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH 2012
oleh : En. Adnan Bin Ismail,
 Penolong PPD Peperiksaan Dalaman 
pada 13 Sep 2012



Perkara di atas adalah dirujuk.

Sehubungan dengan itu telah ditetapkan tarikh Peperiksaan Akhir Tahun bagi sekolah rendah dan menengah adalah seperti di bawah;

1. Sekolah Rendah        -    16hb - 19hb Oktober 2012
2. Sekolah Menengah    -    Tingkatan 2  - 25hb Oktober hingga 2hb November 2012
                                      Tingkatan 4  - 11hb Oktober hingga 2hb November 2012

Jadual penuh peperiksaan akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Harap maklum.


Tindakan : Setiausaha Peperiksaan Dalaman Rendah Dan Menengah

Saturday 15 September 2012

TENTANG SKTJJ3


SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya (3), Johor Bahru telah dibuka dengan rasminya pada 4 Disember 1999 oleh Yang Berusaha Drs. Aziz Bin Sidek,Penyelia Pendidikan Daerah Johor Bahru,
Majlis tersebut diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya (3), yang dihadiri oleh semua ibu bapa murid yang mula mendaftarkan anak masuk ke sekolah ini. Murid-murid yang belajar di sekolah ini adalah agihan dari Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya 2, Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya (1), dan juga murid-murid yang bertukar masuk dari sekolah lain. 

Pada bulan bulan Disember 1999, Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah melantik Encik Mohd.Samudin bin Johari sebagai Guru Besar sekolah ini. Pada waktu sekolah ini dibuka, guru di sekolah ini adalah seramai 21 orang manakala jumlah murid seramai 412 orang.
 

Struktur bangunan sekolah ini adalah terdiri daripada tiga blok bangunan 4 tingkat (Blok Pentadbiran, Blok Akademik dan Blok Teknologi), sebuah kantin, dan sebuah padang permainan. Bangunan ini dilengkapi dengan 18 buah bilik darjah, Bilik Guru, Bilik Mesyuarat, Bilik Perkembangan Staf, Bilik Kemahiran Hidup, Makmal Sains, Bilik Muzik, Bilik Rawatan, Bilik Kokurikulum, Bilik Alat Bantuan Mengajar, Bilik Tayang, Bilik Perpustakaan, Bilik Sembahyang, Bilik Wuduk, Bilik SPBT, Bilik Pra Sekolah, dan Bilik Koperasi.
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...