Monday 22 October 2012

PERLAKSANAAN INSTRUMEN PENGESANAN MURID BERMASALAH IPMBDP DAN ISD KOHORT 2 DAN 3 TAHUN 2012

oleh : En. Karman Amin Bin Abdullah, FasiLINUS 
pada 22 Oct 2012


Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan surat Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ) bil. JPNJ.PEM(47)/600-8/2/2(49) bertarikh 16 Oktober 2012.
2. Sukacita dimaklumkan Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang telah diarahkan untuk memaklumkan kepada pihak sekolah dan guru besar agar dapat menjalankan pelaksanaan IPMBDP dan ISD ini. Rumusan data untuk kedua-dua instrumen ini perlu dihantar oleh setiap sekolah melalui email pemulihanppdpg@gmail.com selewatnya 25 Oktober 2012.
3. Bersama-sama ini disertakan surat makluman dan borang yang berkaitan.
4. Komitmen dan kerjasama yang diberikan amat dihargai. Sebarang pertanyaan sila hubungi En Baharudin Ishak ditalian 0192359918.  


Lampiran Fail

http://ppdpgudang.edu.my/images/document-excel.png
Lampiran 1 (60)
http://ppdpgudang.edu.my/images/document-pdf.png


Tindakan : GURU BESAR/GPK KURIKULUM/PEMULIHAN

MAKLUMAT DATA MURID TAHUN 6 (PEMULIHAN KHAS) KE TINGKATAN 1

oleh : En. Karman Amin Bin Abdullah, FasiLINUS 
pada 22 Oct 2012


Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan PPD Pasir Gudang dipertanggungjawapkan mengumpul maklumat berkenaan. Tapak data yang perlu diisi boleh dimuat turun halaman web PPD Pasir Gudang. Rumusan data tersebut perlu dihantar melalui email ke pemulihanppdpg@gmail.com selewatnya 30 Oktober 2012. Setiap email yang dihantar hendaklah ditulis kod sekolah dan nama sekolah.
3. Sebarang pertanyaan sila hubungi En Baharudin Ishak PPD Bahasa di talian 019-2359918. Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai.
4. Sekian terima kasih


Lampiran Fail

http://ppdpgudang.edu.my/images/document-excel.png
http://ppdpgudang.edu.my/images/document-excel.png

DATA MURID YANG TIDAK MENGUASAI ASAS 3M(P1NCH) BIL.3/2012

oleh : En. Karman Amin Bin Abdullah, FasiLINUS 
pada 22 Oct 2012


Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Merujuk surat JPNJ.PEM(47)/600-8/2/1(36) Unit Pemulihan Khas sedang mengemaskini data murid yang tidak menguasai asas 3M di sekolah rendah dan menengah negeri johor. Oleh yang demikian, PPD Pasir Gudang telah dipertanggungjawap untuk mengumpul maklumat berkenaan.
3. Bagi tujuan untuk mengesan murid yang tidak menguasai asas 3M(P1NCH) sekolah sekolah hendaklah menggunakan IPP2M/IKAM bagi sekolah rendah untuk murid tahun 4,5 dan 6 sahaja. Manakala bagi sekolah menengah II2M/IKAM untuk kelas peralihan sehingga ke tingkatan 5 yang telah dibekalkan. Data bagi tahun 4,5 dan 6 adalah bukan diperolehi data PROTIM.
4. Borang Maklumat Murid Tidak Menguasai Asas 3M dan Rumusan Murid Yang Tidak Asas 3M yang perlu di isi boleh dimuat turun halaman Web PPD Pasir Gudang atau laman web JPN Johor www.moe.gov.my/jpnjohor. Borang berkenaan hendaklah dihantar selewatnya 25 Oktober 2012 dan emailkan ke pemulihanppdpg@gmail.com.
5. Sebarang pertanyaan sila hubungi En Baharudin Ishak PPD Bahasa di talian 019-2359918.
6. Sekian terima kasih


Lampiran Fail

http://ppdpgudang.edu.my/images/document-excel.png
http://ppdpgudang.edu.my/images/document-excel.png
http://ppdpgudang.edu.my/images/document-pdf.png

Saturday 20 October 2012

MAKLUMAN PENGISIAN DATA SARINGAN 3(TAHUN 1), SARINGAN 6(TAHUN 2) DAN SARINGAN (TAHUN 3) BAGI PROGRAM LINUS 2012

oleh : En. Nai`m Bin Ibrahim, FasiLINUS 
pada 19 Oct 2012


Tuan, 
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
 2.         Bersama-sama ini juga dimaklumkan tarikh pengisian data Saringan 3, Saringan 6 dan Saringan 9, 2012 seperti butiran di bawah: 
Saringan
Kemasukan Data ( Portal )

Saringan 3,6  Dan Saringan 9


22 Okt 2012 hingga 26 Okt 2012

 3          Sehubungan dengan itu, SEMUA sekolah perlu mengisi data saringan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
 4.         Pihak sekolah perlu menghantar satu salinan hard copy borang rumusan berdasarkan portal NKRA, borang rumusan sekolah, analisis SWOT dan program-program yang telah dan akan dijalankan sepanjang tahun selewat-lewatnya 6 November 2012.
 5.         Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Karman Amin bin Abdullah, Pegawai FasiLINUS  di talian 013-9836424 atau En. Nai’m bin Ibrahim, Pegawai FasiLINUS  di talian 012-2967041 atau 07-3881210 ext 304. Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai.
 Sekian, terima kasih


Tindakan : Guru Besar/GPK Kurikulum/Penyelia Petang/Penyelaras Linus

PENTING : Edaran jadual verifikasi SPSK SR 2012

oleh : En. Hussin Bin Hamidon, Penolong PPD Pengurusan Kualiti 
pada 19 Oct 2012

 


MAKLUMAN :
Berikut dimuat naik jadual verifikasi SPSK bagi semua sekolah rendah daerah Pasir Gudang yang terlibat. Jadual yang diberi boleh diubah suai mengikut kesesuaian masa Ketua Verifikator dan kumpulan verifikatornya. Sebarang perubahan tarikh atau masa hendaklah dimaklumkan kepada Pen. PPD Pengurusan Kualiti dan Guru Besar sekolah yang hendak diverifikasi.
Ketua dan KumpulanVerifikator boleh membuat verifikasi ke atas sekolah yang ditetapkan walaupun ketiadaan Pengurus Kualiti di lokasi. Pengurus Kualiti yang tiada (dengan kenyataan) atas urusan penting perlu menurunkan kuasa kepada GPK Pentadbiran semasa proses verifikasi kelak.
Sebarang permasalahan atau kesulitan, sila hubungi Unit Pengurusan Kualiti dan Inovasi PPD Pasri Gudang di talian 07-388 1210 sambungan 212.
"KERJA SEPASUKAN MERAIH KEGEMILANGAN"

JADUAL PERGEREAKAN VERIVIKATOR SPSK


Monday 15 October 2012

PENGHANTARAN BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI TAHUN 2012

oleh : Cik Noryati Binti Samid, Pembantu Tadbir (P/O) Keurusetiaan 
pada 15 Oct 2012


Pengetua / Guru Besar,
Sekolah Menengah / Rendah / SJKC / SJKT
Daerah Pasir Gudang.
 Tuan,
PENGHANTARAN BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI TAHUN 2012
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
 2. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan/puan untuk menghantar Borang laporan Penilaian Prestasi Tahunan 2012 dan kedudukan Guru / Staf Sokongan berdasarkan tahun semasa ( Lampiran A)  serta Format Tambahan LNPT sebelum atau pada 24hb Oktober 2012. Penghantaran terus melalui Cik Noryati binti Samid, Unit Perkhidmatan, Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang.
3.  Berikut adalah senarai Laporan Penilaian prestasi tahunan 2012 yang perlu dihantar :-
    (SEKOLAH MENENGAH)
     3.1   Pengetua-Pengetua Sekolah menengah Gred DG54 dan ke bawah
     3.2   Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG52 dan ke atas 'Time-Based' serta Tingkatan 6 di Sekolah-sekolah Menengah.
     3.3   Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG48 dan ke atas 'Time-Based' serta Tingkatan 6 di Sekolah-sekolah Menengah
     3.4   Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG48 dan ke atas (Guru Cemerlang) di Sekolah-sekolah Menengah.
     3.5   Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG44 ( Guru-Guru Penolong Kanan / Penolong Kanan Tingkatan 6 ) di Sekolah-sekolah menengah ( yang berjawatan sahaja ).

    (SEKOLAH RENDAH)
     3.6   Guru Besar Sekolah Rendah Gred DG44 / DG41 / DGA38 / DGA34 / DGA32
     3.7   Guru-Guru Penolong Kanan Jawatan Hakiki Gred DGA32 / Memangku ( yang berjawatan sahaja ).
     3.8   Guru Cemerlang Gred DG48
4.  Untuk makluman pihak sekolah format (Presmark) yang sedia ada di sekolah dan masih mengikut pekeliling yang berkuatkuasa sekarang. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh menghubungi Cik Noryati binti Samid di talian 07-3881210 sambungan 302.
Kerjasama dan perhatian pihak tuan / puan amat dihargai. Sekian, terima kasih.

Sila muatturun maklumat Lampiran A ,  Susunan Pegawai yang dinilai dan Format Tambahan LNPT.


Lampiran Fail

http://ppdpgudang.edu.my/images/document-excel.png
Lampiran A (27)
http://ppdpgudang.edu.my/images/document-word.png
http://ppdpgudang.edu.my/images/document-excel.png

Wednesday 10 October 2012

PERINCIAN PERSEKOLAHAN MENGIKUT PENGGAL TAHUN 2013


BAHAN KURSUS KSSR DAN PBS MATEMATIK TAHUN 3 2012

oleh : En. Mohammed Yusoff Bin Zainal Abidin, Penolong PPD Sains & Matematik (Ren) 
pada 10 Oct 2012



Perkara di atas adalah dirujuk.
2.      Mohon pihak sekolah untuk memuat turun bahan KSSR dan PBS Matematik dan dibawa bersama oleh peserta kursus KSSR dan PBS Matematik sekolah tuan yang akan dilaksanakan pada 17 Oktober 2012 hingga 20 Oktober 2012 di SK Taman Desa Jaya.
3.     Bahan-bahan yang diedarkan semasa kursus hendaklah dimasukkan ke dalam fail panitia Matematik.
4.     Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Mohammed Yusoff Bin Zainal Abidin ditalian 0127486028.
Sekian terima kasih. 


Lampiran Fail

http://ppdpgudang.edu.my/images/document-pdf.png
http://ppdpgudang.edu.my/images/document-pdf.png
http://ppdpgudang.edu.my/images/document-pdf.png
http://ppdpgudang.edu.my/images/document-pdf.png
http://ppdpgudang.edu.my/images/document.png
http://ppdpgudang.edu.my/images/document.png
http://ppdpgudang.edu.my/images/document.png
http://ppdpgudang.edu.my/images/document-pdf.png

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...