Friday 16 November 2012

PENTING : SEKOLAH RENDAH YANG TERLIBAT UNTUK MAJLIS PENGUMUMAN KEPUTUSAN UPSR 2012 PERINGKAT NEGERI JOHOR


oleh : Pn. Fazlin Azzila Bt Omar,
 Pembantu Tadbir (P/O) 
pada 16 Nov 2012


SEKOLAH YANG TERLIBAT
1. JBA1013 - SK SENIBONG
2. JBA1018 - SK KONG-KONG LAUT
3. JBA1019 - SK PASIR GUDANG 1
4. JBA1021 - SK SUNGAI TIRAM
5. JBA1028 - SK KANGKA TEBRAU
6. JBA1038 - SK PASIR GUDANG 2
7. JBA1073 - SK PERMAS JAYA 2
8. JBA1075 - SK JOHOR JAYA 2
9. JBA1077 - SK TAMAN DAYA
10. JBA1091 - SK TAMAN MEGAH RIA
11. JBA1101 -  SK PERMAS JAYA 5
12. JBA1103  - SK BANDAR SERI ALAM
13. JBA1108 - SK SERI KOTA PUTERI 4
14. JBC1030 - SJKC CHIEN CHI
15. JBC1033 - SJKC PANDAN
16. JBD1006 - SJKT PERMAS JAYA
17. JBD1004 - SJKT LADANG TEBRAU

Perkara diatas adalah dirujuk.
2.  Untuk makluman Majlis Pengumuman Keputusan UPSR 2012 peringkat negeri Johor akan diadakan seperti ketetapan berikut :
                   TARIKH     : 19 NOVEMBER 2012 ( ISNIN )
                   MASA        : 09.00 PAGI
                   TEMPAT     : DEWAN SEMINAR, ARAS 6 JPNJ
3.  Sehubungan itu Guru Besar sekolah yang terlibat dikehendaki menghadiri majlis tersebut. Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan En.Hashim bin Zainal di talian 013-7453313 ( h/p ) atau 07-3881210 samb 206.
Sekian,terima kasih.

Tindakan : GURU BESAR SEKOLAH BERKENAAN

PENGUMUMAN KEPUTUSAN UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2012 DAERAH PASIR GUDANG.

oleh : Pn. Mazlin Binti Hj. Muhammad, Pembantu Am Pejabat 
pada 16 Nov 2012


Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Rendah,
Bantuan Kerajaan & Swasta,
Daerah Pasir Gudang.
Tuan,
PENGUMUMAN KEPUTUSAN UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH  (UPSR) TAHUN 2012 DAERAH PASIR GUDANG.

Dengan segala hormatnya perkara yang tersebut di atas adalah dirujuk
2.        Sehubungan dengan itu, Guru Besar ATAU GPK1 Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Pasir Gudang diminta hadir bagi mendapatkan Keputusan Peperiksaan UPSR 2012 seperti ketetapan berikut:
            Tarikh             :  19 NOVEMBER 2012 (Isnin)
            Masa               :  8.00 pagi
            Tempat           :  Dewan, SK. Taman Rinting 2.
 3.          Setiausaha UPSR juga diminta hadir pada jam 9.00 pagi untuk mendapatkan Data Keputusan Peperiksaan UPSR 2012 
 4.          Setiausaha UPSR juga diminta membawa bersama Laptop dan wayar penyambung berserta senarai nama pelajar Program Hikmah (bagi sekolah yang terlibat sahaja) yang telah disahkan oleh Guru Besar.
    Sekian, harap maklum dan terima kasih.

Tindakan : GURU BESAR ATAU GPK 1 SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH PASIR GUDANG

Friday 9 November 2012

LINUS: Penghantaran Keputusan Data Saringan LINUS Kohort 1, 2 dan 3


oleh : Pn. Zarina Binti Ismail,
 FasiLINUS 
pada 09 Nov 2012


Tuan,
1. KEPUTUSAN DATA SARINGAN LINUS KOHORT 1, 2 DAN 3
Sila hantar Keputusan Data Saringan LINUS 3,6 dan 9 bagi Kohort 1,2 dan 3 segera. 
2. MAKLUMAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK BAGI TAHUN 1 ( 2012 )
Sila hantar Maklumat Pendidikan Awal Kanak-kanak bagi Tahun 1 2012.
Ucapan ribuan terima kasih kepada sekolah-sekolah yang telah menghantar kedua-dua maklumat di atas. Sekolah-sekolah yang masih belum menghantar diharap menghantar selewat-lewatnya pada 12hb Nov 2012.
Sekian.

Tindakan : Guru Besar, Pentadbir Sekolah dan Penyelaras LINUS

Friday 2 November 2012

SURAT PENGESAHAN KEMASUKAN MARKAH PAT TAHUN 2012 SEKOLAH RENDAH - SAPS

oleh : En. Adnan Bin Ismail, Penolong PPD Peperiksaan Dalaman 
pada 02 Nov 2012



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Tuan/puan dikehendaki menghantar salinan surat ini setelah berjaya membuat pengisian markah bagi Peperiksaan Akhir Tahun di dalam aplikasi sistem atas talian SAPS.

Perkara yang perlu diingatkan iaitu pengisian markah bagi Tahun 6 didalam SAPS adalah amat perlu. Jika tidak, surat pengesahan kemasukan markah ini tidak dapat dikeluarkan.

Salinan surat dengan pengesahan guru besar hendaklah dihantar dengan segera ke Unit Penilaian Dan Peperiksaan untuk perhatian En Adnan Bin Ismail .
 

Harap maklum.


Tindakan : Setiausaha Peperiksaan Dalaman Rendah

Thursday 1 November 2012

UCAPAN TAHNIAH - PENGISIAN MARKAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN SEKOLAH RENDAH - SAPS

oleh : En. Adnan Bin Ismail, Penolong PPD Peperiksaan Dalaman 
pada 01 Nov 2012


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Ucapan tahniah dan terima kasih diberikan kepada sekolah-sekolah rendah di bawah kerana telah dapat menyelesaikan pengisian markah Peperiksaan Akhir Tahun didalam sistem atas talian SAPS lebih awal daripada yang dijadualkan.
Sekolah-sekolah tersebut adalah;
1. SK KOPOK
2. SK PASIR PUTIH
3. SK TANJONG LANGSAT
4. SK KANGKA TEBRAU
5. SK PASIR GUDANG 2
6. SK TAMAN PERMAS JAYA 2
7. SK TAMAN JOHOR JAYA 3
8. SK TAMAN MOUNT AUSTIN
9. SK TG PUTERI RESORT
10. SK TAMAN NUSA DAMAI
11. SJKC PANDAN
12. SJKC JOHOR JAYA
13. SJKT LADANG SG PLENTONG
14. SJKT PASIR GUDANG
15. SJKT LADANG ULU TIRAM
Semoiga kecekapan setiausaha peperiksaan dalaman dan para guru berkekalan bagi pengisian seterusnya.

Harap maklum.

Tindakan : Setiausaha Peperiksaan Dalaman Rendah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...