Monday 11 March 2013

Aplikasi Data Pencerapan Sekolah (ADaPs) – Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

Adalah dimaklumkan bahawa jabatan ini mensasarkan agar semua guru dicerap sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Pencerapan pengajaran dan pembelajaran juga perlu disusuli dengan sesi perbincangan atau klinikal bagi memastikan pelaksanaan kurikulum menepati standard yang ditetapkan. Perkara ini adalah terkandung dalam SPI Bil. 3/1987 yang menjelaskan bahawa salah satu dari tugas Pengetua dan Guru Besar adalah melaksanakan Penyeliaan Pengajaran-Pembelajaran di dalam kelas. SPI tersebut juga adalah selaras dengan KPI Jabatan Pelajaran Johor iaitu memastikan semua guru dipantau dan memperolehi skor Pemastian Standard SKPM 2010 Standard 4 melebihi 80%.
Sehubungan itu, kerjasama tuan/puan adalah dipohon untuk merancang dan melaksanakan pencerapan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas kepada semua guru di sekolah tuan/puan. Pencerapan P&P ini hendaklah menggunakan Instrumen SKPM 2010 Standard 4: Pembelajaran dan Pengajaran.
Data hendaklah dimasukkan dalam sistem ADaPs selepas sahaja pencerapan. Data ini akan dianalisis sebanyak 2 kali setahun iaitu;
·  Pada akhir bulan Mei tahun semasa.
·  Pada akhir bulan Oktober tahun semasa..

Mulai tahun 2012, data dipungut menggunakan Aplikasi ADaPs secara atas talian. Sekolah memasukkan Kod Sekolah dan Kata laluan = Kod Sekolah juga untuk login in. Untuk panduan sila ke Muat Turun Fail dan menekan butang Manual Penggunaan ADaPP.
Jika ada sebarang kesulitan sila hubungi penyelaras ADaPs PPD masing-masing

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...