Saturday 23 November 2013

SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI (SPSK)

Sekolah Kebangsaan Tamn Johor Jaya 3 telah dinilai oleh verifikator pada hari Isnin,11 November 2013.Pada amnya kami telah bersedia menerima kunjungan pemverifikator.Walaupun masih ada lagi perkara yang perlu disiapkan.
                   Bagi pihak pentadbir,diucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru yang bertungkus-lumus melengkapkan segala dokumen,Pn. Goh Joon Far,GPK Hem, lebih-lebih kepada Penyelaras SPSK,  Pn.Rusida bt. Hanafi dan lebih membanggakan lagi ialah dengan keterlibatan Pn.Norliza bt. Hashim,Guru Besar yang turut sama membantu menyiapkan segala keperluan bahan dan sebagainya.

                  Pemverifikator telah menjamu dengan sedikit sarapan pagi,selain itu memberi sedikit taklimat kepada guru-guru yang terlibat.GPK Pentadbiran,En.Sahak bin Mohd.Don telah menyampaikan ucapan alu-aluannya. Beliau telah menyampaikan salam takzim dari pihak Guru Besar kerana tidak dapat hadir pada pagi itu.

                  Verifikasi yang diberikan kepada Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya 3 ialah  96.6% , Walaupun ada item yang dinlai tidak begitu memuaskan hati para guru,tetapi kami pada akhirnya menerima dengan hati terbuka.Pihak sekolah ucapkan terima kasih kepada pemverivikator dan segala pandangan dan cadangan akan cuba kami perbaiki.







Friday 22 November 2013

TAHNIAH KEPADA MURID-MURID SK TAMAN JOHOR JAYA 3 : KEPUTUSAN UPSR 2013 MEMBANGGAKAN

Keputusan UPSR  SK Taman Johor Jaya 3  tahun 2013 sangat membanggakan guru-guru dan ibu bapa kerana telah mencapai keputusan yang cemerlang. Seramai 6 orang daripada 68 calon telah mencapai 5A berbanding dengan tahun 2012 hanya seramai 3 orang. Apa yang membanggakan ialah semua peratusan mata pelajaran meningkat dan seterusnya peratus keseluruhan turut meningkat dari 82.1% kepada 82.35 %.
         
        Calon-calon yang berjaya menperoleh 5A ialahJoseph Vasigaran A/L Manor Graee,Muhammad Amin Syahmi bin Mahamud,Muhammad Izuan bin Nasib,Naily Qaisah binti Nazli,Norhikmah binti Rudi dan Nursabreena Izyani binti Mansoor. Manakala seorang calon mendapat 4A1B iaitu Noraida binti Nordin.

Bergambar bersama Guru Besar Pn.Norliza bt.Hashim, 
GPK Pentadbiran En.Sahak bin Mohd.Don,Cikgu Azhar bin Salleh dan
 ibu bapa pelajar, Tahniah !



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...