Sunday 31 March 2013

BAHAN TERKINI UNTUK PPTP 2013 OLEH JPNJ

      oleh : En. Hussin Bin Hamidon, Penolong PPD Pengurusan Kualiti 
      pada 28 Mar 2013



Salam,
Berikut saya muat naik segala bahan yang telah mengalami perubahan untuk memperkemaskan lagi pengisian maklumat dan melancarkan proses pelaksanaan PPTP pada tahun 2013 ini. Perubahan item mahupun formula ini dilaksanakan atas dasar terdapat sekolah-sekolah baharu yang mungkin tidak berkaitan dalam item-item tertentu tetapi masih dibahagikan dengan 3 tahun maka julat peratusan akan mengecil. Maka maklumat yang diberikan tidak adil dan tidak tepat bagi menggambarkan tahap sekolah mahupun pengetua dan guru besar.
Pihak PPD PG dan urus setia daerah mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala perkongsian permasalahan, komen, cadangan dan pandangan semua pihak dalam memantapkan pelaksanaan PPTP dalam daerah Pasir Gudang. Semoga kelancaran dan kemantapan ini akan terus berkekalan dan senantiasa diberkati atas setiap usaha sama yang dilaksanakan.Segala kesulitan mahupun keterlewatan amat dikesali dan mohon kemaafan.
      Untuk makluman, segala Borang SJQ1 dan Borang SJQ2 perlu diemelkan kepada 
      myhussin71@yahoo.com pada atau sebelum 08 April 2013 jam 4.30 petang. Sebarang
      permasalahan atau kemusykilan sila hubungi urus setia daerah di talian 07-3881210 samb.212 (u.p : 
      En Hussin Bin Hamidon). Segala kerjasama dirakamkan jutaan terima kasih.
      Sekian untuk makluman dan tindakan.

Monday 11 March 2013

Aplikasi Data Pencerapan Sekolah (ADaPs) – Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

Adalah dimaklumkan bahawa jabatan ini mensasarkan agar semua guru dicerap sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Pencerapan pengajaran dan pembelajaran juga perlu disusuli dengan sesi perbincangan atau klinikal bagi memastikan pelaksanaan kurikulum menepati standard yang ditetapkan. Perkara ini adalah terkandung dalam SPI Bil. 3/1987 yang menjelaskan bahawa salah satu dari tugas Pengetua dan Guru Besar adalah melaksanakan Penyeliaan Pengajaran-Pembelajaran di dalam kelas. SPI tersebut juga adalah selaras dengan KPI Jabatan Pelajaran Johor iaitu memastikan semua guru dipantau dan memperolehi skor Pemastian Standard SKPM 2010 Standard 4 melebihi 80%.
Sehubungan itu, kerjasama tuan/puan adalah dipohon untuk merancang dan melaksanakan pencerapan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas kepada semua guru di sekolah tuan/puan. Pencerapan P&P ini hendaklah menggunakan Instrumen SKPM 2010 Standard 4: Pembelajaran dan Pengajaran.
Data hendaklah dimasukkan dalam sistem ADaPs selepas sahaja pencerapan. Data ini akan dianalisis sebanyak 2 kali setahun iaitu;
·  Pada akhir bulan Mei tahun semasa.
·  Pada akhir bulan Oktober tahun semasa..

Mulai tahun 2012, data dipungut menggunakan Aplikasi ADaPs secara atas talian. Sekolah memasukkan Kod Sekolah dan Kata laluan = Kod Sekolah juga untuk login in. Untuk panduan sila ke Muat Turun Fail dan menekan butang Manual Penggunaan ADaPP.
Jika ada sebarang kesulitan sila hubungi penyelaras ADaPs PPD masing-masing

PERMOHONAN KERJA-KERJA PENGGANTIAN BUMBUNG BANGUNAN SERTA KERJA-KERJA MENGECAT

 oleh : En. Jafni Bin Shaharum, Penolong PPD Pembangunan 
pada 11 Mar 2013


Tuan / Puan,
Dengan segalanya perkara di atas adalah dirujuk,
Dokumen-dokumen yang diperlukan semasa membuat permohonan adalah seperti berikut :
1.    Surat permohonan daripada PIBG
2.    Surat sokongan daripada Bahagian UMNO Pasir Gudang atau Dato’Seri  Mohamed Khalid bin Nordin
3.    Surat sekolah
4.    Gambar-gambar yang berkaitan
4.1)  Bumbung bangunan
4.2)  Bangunan uzur (cat)
      5.  Surat permohonan berserta dokumen-dokumen tersebut hendaklah dihantar kepada Pegawai Pelajaran Daerah Pasir Gudang (U/P : Unit Pembangunan dan Perolehan) sebelum atau pada 15 Mac 2013.  Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Jafni bin Shaharum ditalian 073881210, ext 144.
Sekian terima kasih.

Tindakan : PEGETUA / GURU BESAR 

MESYUARAT PENGURUSAN PERTANDINGAN SAHIBBA PERINGKAT DAERAH

oleh : En. Kumaran A/L Apala Naidu, Penolong PPD BI (Ren) 
pada 11 Mar 2013



SK TAMAN NUSA DAMAI
SK JOHOR JAYA 3
SK ULU TIRAM
SK TAMAN PASIR PUTIH
SK PERMAS JAYA 5
SK TAMAN DAYA 2
SK TAMAN PELANGI INDAH
SK TAMAN RINTING 2
SK PASIR GUDANG 1

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.         Sehubungan itu, mesyuarat tersebut  akan diadakan seperti ketetapan berikut:
            2.1       Tarikh              :           14 Mac 2013 (Khamis)
            2.2       Masa               :           2.00 petang
            2.3       Tempat            :           Bilik  Mesyuarat, SK Masai
            2.4       Pengerusi        :           Tn Hj Alias B Keling,
                                                            Timbalan Pengerusi JKD BM SK
            2.5       Agenda            :           a) Ucapan Pengerusi
                                                            b) Agihan tugas
                                                            c) Penutup
3.         Tuan / Puan diminta mengarahkan ketua panitia Bahasa Melayu  sekolah tuan hadir untuk membincangkan perkara yang tersebut dalam mesyuarat pengurusan itu nanti. Tuan/puan layak membuat  tuntutan perjalanan seperti dalam Pekeliling Perbendaharaan yang berkuatkuasa sekarang. Sebarang pertanyaan sila hubungi Pn Fauziah Binti Ismail di talian 019-7293070.

Sekian, terima kasih.


Tindakan : GURU BESAR SEKOLAH BERKENAAN

PENGAMBILAN BAHAN HEADCOUNT SEKOLAH RENDAH DAERAH PASIR GUDANG 2013

oleh : En. Kumaran A/L Apala Naidu, Penolong PPD BI (Ren) 
pada 11 Mar 2013


Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.    Sukacita dimaklumkan, bahan headcount sekolah rendah daerah Pasir Gudang 2013 boleh diambil seperti ketetapan berikut:

      Tarikh : 12 Mac 2013 (Selasa)
      Tempat : Unit Akademik , PPD Pasir Gudang
      Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang

3.    Sehubungan itu. pihak sekolah diminta menepati tempoh masa pengambilan bahan yang telah  ditetapkan. Pihak sekolah juga diminta sentiasa melayari Portal Rasmi PPD Pasir Gudang untuk menperoleh maklumat terkini. 
Sekian terima kasih.

Tindakan : GURU BESAR, GPK PENTADBIRAN

Saturday 9 March 2013

CARA-CARA MENJADI PELAJAR CEMERLANG

Isu-isu yang berkaitan dengan kecemerlangan pelajar kerap menjadi paparan televisyen dan surat khabar. Hal ini semakin hangat diperkatakan apabila keputusan peperiksaan dikeluarkan. Pada pandangan saya, semua pelajar berusaha untuk menjadi pelajar cemerlang. Beberapa perkara mesti dilakukan oleh seseorang pelajar itu jika dia mahu menjadi pelajar yang cemerlang.
1.            Memiliki Sikap Rajin
            Antara cara-cara menjadi pelajar cemerlang ialah pelajar mesti memiliki sikap rajin. Pelajar mesti rajin membaca buku di sekolah dan juga di rumah. Pelajar juga mesti rajin menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru dan mereka perlu bertanya kepada guru jika mereka tidak faham tentang sesuatu perkara atau topik. Apabila peperiksaan, pelajar mesti mengulang kaji pelajaran dengan lebih bersungguh-sungguh lagi.
2.            Displin Diri
            Selain itu, pelajar juga mesti mempunyai disiplin diri yang tinggi. Pelajar mesti menepati masa dan menggunakan masa yang ada dengan sebaik mungkin. Oleh itu, sewajarnyalah pelajar mempunyai jadual belajar yang lengkap dan mereka mesti mematuhi jadual belajar tersebut. Pada masa lapang pula pelajar mesti melakukan aktiviti berfaedah seperti membaca bahan ilmiah dan melayari internet bagi menambahkan lagi pengetahuan mereka.
3.            Menghormati Ibu Bapa Dan Guru
            Jika pelajar ingin cemerlang dalam pelajaran, pelajar mestilah sentiasa menghormati ibu bapa dan guru-guru. Pelajar juga mesti mendengar nasihat ibu bapa dan guru-guru. Pelajar mesti menerima teguran ibu bapa dan guru-guru dengan fikiran yang terbuka dan positif. Pelajar juga mesti menyayangi ibu bapa dan guru-guru agar pelajar juga akan sentiasa disayangi dan diberkati.
4.            Aktif Dalam Kokurikulum
            Di samping itu, pelajar juga mesti aktif dalam aktiviti kokurikulum. Terdapat banyak faedah jika pelajar mengikuti aktiviti kokurikulum. Antara faedahnya ialah pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum akan menjadi cergas dan mereka juga dapat menambahkan pengetahuan serta pengalaman. Selain itu, terdapat pengetahuan dalam bidang kokurikulum yang dapat membantu pelajar semasa menjawab soalan peperiksaan.
5.            Menjaga Kesihatan Diri
            Pelajar yang cemerlang juga akan menjaga kesihatan diri. Sesungguhnya, kesihatan yang baik membolehkan pelajar menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajar. Dengan kesihatan yang baik juga, pelajar dapat mengulang kaji pelajaran dengan baik terutama ketika menjelang peperiksaan. Semasa hari peperiksaan pula, pelajar yang mempunyai kesihatan yang baik akan menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan baik.

Monday 4 March 2013

TINDAKKAN SEGERA: ARAHAN PEMANTAUAN PENGUJIAN KELAJUAN 1BESTARINET SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI JOHOR.

oleh : En. Mohd Hafidz Bin Samsudin, Penyelia Teknologi & Maklumat
pada 05 Mar 2013


PEMANTAUAN PERKHIDMATAN INTERNET 1BESTARINET SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI JOHOR
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memulakan pelaksanaan Projek Perkhidmatan 1BestariNet di semua sekolah seluruh Malaysia pada bulan Disember 2011 dan sasaran pemasangan untuk disempurnakan ke semua sekolah ialah pada bulan Mac 2013. Projek ini adalah merupakan perkhidmatan rangkaian akses internet “end to end” bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan dan pentadbiran bagi semua sekolah.
3. Susulan daripada Mesyuarat Profesional KPM yang telah dihadiri oleh Pengarah Bahagian serta Pengarah JPN pada 17 Disember 2012, antara isu yang dibangkitkan adalah status tahap perkhidmatan rangkaian 1BestariNet yang diperolehi oleh sekolah. Antara aduan yang dibangkitkan adalah ketidakstabilan rangkaian 1BestariNet serta keenganan beberapa sekolah untuk melaporkan masalah rangkaian 1BestariNet kepada heldesk YTL Communication Sdn. Bhd. Sehubungan dengan itu, Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) telah diberi tanggungjawab untuk memantau projek ini diperingkat Negeri dan menggangap perkara ini amat penting kerana ia melibatkanService Level Agreement (SLA) yang perlu dipatuhi oleh pihak kontraktor iaitu YTL Communication Sdn. Bhd.
3. Oleh yang demikian, bagi mempertingkatkan tahap rangkaian 1Bestarinet pada tahun 2013, adalah disaran supaya semua Pejabat Pelajaran Daerah Negeri Johor dapat memantau prestasi 1BestariNet di sekolah dan memberi laporan  agar sebarang masalah yang berlaku di sekolah dapat diselesaikan secara langsung serta membantu pihak KPM memantau prestasiService Level Agreement (SLA) oleh pihak kontraktor. 
4. Sehubungan dengan itu, mohon tuan/puan memantau dan memastikan Guru ICT atau Penyelaras Bestari sekolah tuan memuat turun dan membuat tindakkan pada setiap bulan seperti yang telah dinyatakan di lampiran . Sebarang pertanyaan sila hubungi Pegawai ICT PPDPG , En Mohd Hafidz Bin Samsudin di talian 0107007674 atau 0137636314.
    JADUAL PENGHANTARAN LAPORAN SETIAP BULAN
BULAN

TARIKH WAJIB PENGHANTARAN LAPORAN



MAC

Sebelum atau pada 05-03-2013 -tindakkan segera
APRIL

Sebelum atau pada 19-04-2013
MAY

Sebelum atau pada 22-05-2013
JUN

Sebelum atau pada 19-06-2013
JULAI

Sebelum atau pada 22-07-2013
OGOS

Sebelum atau pada 21-08-2013
SEPTEMBER

Sebelum atau pada 19-09 2013
OKTOBER

Sebelum atau pada 22-10-2013
NOVEMBER

Sebelum atau pada 20-11-2013
DISEMBER

Sebelum atau pada 20-12-2013
Sekian terima kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...