UNIT KURIKULUM SK TMN JOHOR JAYA 3
Tuesday, 1 September 2015
Friday, 5 December 2014
SEGERA : PENILAIAN OLEH PENTADBIR DAN PENILAIAN PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB) DI SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
oleh : En. Hussin Bin Hamidon, Penolong PPD Pengurusan Kualiti pada 05 Dec 2014 |
Ruj. Kami : JPA.ULKS/500-4/2/1(
)
Tarikh : 2 NOVEMBER
2014
Pengetua / Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Pasir Gudang
Tuan,
PENILAIAN OLEH PENTADBIR DAN PENILAIAN
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB) DI SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di
atas.
2.
Sukacita dimaklumkan merujuk kepada surat siaran KP(BPG) 9091/100/7/9 Jld.2
(26) bertarikh 3 Januari 2011, setiap Guru Baharu yang melapor diri perlu
menjalani Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) sekurang-kurangnya selama satu
tahun bagi tujuan menyokong Pembangunan Profesionalisme Guru Baharu dan
meningkatkan kompetensi dalam profesion keguruan. Bahagian Pendidikan Guru
bertanggungjawab dalam memastikan pelaksanan PPGB di sekolah-sekolah di bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia.
3.
Sehubungan dengan itu,mohon pihak sekolah mengambil tindakan tersebut :
3.1. Borang
Penilaian oleh Pentadbir Terhadap Pelaksanaan PPGB (Lampiran 10 untuk
Guru Baharu
dan Lampiran 11 untuk Guru Bimbingan Sekolah Rendah dan Menengah) bagi Guru Baharu yang
ditempatkan mulai Januari hingga Oktober 2013.
3.2. Borang
Penilaian PPGB (Lampiran 14)
3.3. Perkara 3.1 dan
3.2 hendaklah dihantar menerusi fax atau email (myhussin71@yahoo.com)
pada
atau sebelum 15 November 2014.
3.4. Guru Baharu yang ditempatkan pada
bulan November dan Disember 2013 hendaklah
menghantar borang lampiran 10 atau 11 dan 14 pada atau sebelum 4
Januari 2015.
4.
Bersama-sama ini dilampirkan Lampiran 10, 11 dan 14 untuk rujukan pihak tuan.
5.
Sebarang pertanyaan berhubung dengan perkara di atas sila hubungi En. Hussin
bin Hamidon, Penolong PPD Pembangunan Profesional, Unit Latihan di talian
07-3881210 (pejabat) ext. 214.
Sekian terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"KERJA SEPASUKAN MERAIH
KEGEMILANGAN"
"1HATI KE ARAH 1MATLAMAT"
"PPD PASIR GUDANG PENERAJU
GEMILANG"
Lampiran Fail
![]() |
Tindakan : GPK
PENTADBIRAN DAN GURU MENTOR
Thursday, 4 December 2014
Friday, 23 May 2014
KURSUS INDUKSI KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH KSSR MATA PELAJARAN SEJARAH TAHUN 5 2015 DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2014
oleh : En. Zool Hilman Bin Haironi, Penolong
PPD Sains Kemasyarakatan
pada 20 May 2014 |
Merujuk kepada perkara di atas,
2. Sukacita dimaklumkan bahawa kursus tersebut akan dilaksanakan mengikut ketetapan
berikut :-
Tarikh : 17
Jun hingga 18 Jun 2014 (Selasa & Rabu)
Masa :
7.30 pagi - 4.30 petang
Tempat : Bilik Seminar SK Seri Kota Puteri 4
3. Sehubungan dengan itu bersama ini dimuat naik surat panggilan peserta,surat
lantikan urusetia (SK Taman Puteri Wangsa) dan DSKP Sejarah Tahun 5
yang wajib dimuat turun oleh pihak sekolah untuk dibawa bersama semasa
menghadiri kursus tersebut.Sekian terima kasih.
Pengisian Maklumat Makmal Komputer Sekolah - Sekolah KPM Zon PKG Pasir Gudang
oleh : En. Azman Bin Buangsi, Pegawai Teknologi Pendidikan
pada 21 May 2014 |
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Mohon kerjasama daripada Guru Penyelaras Bestari / Guru ICT untuk
mengisi maklumat Makmal Komputer Sekolah sepertimana borang yang telah
dilampirkan.
3. Pengisian data Makmal Komputer Sekolah ini adalah untuk
mengumpulkan data makmal komputer sekolah bagi
tujuan perlaksanaan inisiatif ICT sekolah-sekolah KPM.
4. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasam guru penyelaras bestari / guru
ICT sekolah untuk melengkapkan data tersebut selewat-lewatnya 27 Mei 2014 ke
PKG Zon Pasir Gudang melalui emel (pkg_pasir_gudang@moe.gov.my).
5. Jika menghadapi sebarang masalah, sila hubungi En. Azman bin Buangsi,
PKG Pasir Gudang (Tel:07-2519630).
Sekian, terima kasih.
Lampiran Fail
![]() |
Borang eDATA (150)
|
Subscribe to:
Posts (Atom)