Showing posts with label UNIT PEPERIKSAAN DALAMAN. Show all posts
Showing posts with label UNIT PEPERIKSAAN DALAMAN. Show all posts

Sunday, 24 February 2013

Dokumen Standard Prestasi (DSP) Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah 2013.

oleh : En. Norazrin Bin Zahari, Penolong PPD Pentaksiran Berasaskan Sekolah 
pada 22 Feb 2013


Pengetua & Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Daerah Pasir Gudang.

Tuan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.      Sehubungan dengan itu diminta pihak sekolah memaklumkan kepada semua guru-guru  yang terlibat supaya menyemak semula Dokumen Standard Prestasi (DSP) yang ada di laman web Lembaga Peperiksaan.

3.      Sekiranya terdapat perubahan yang ketara, sila muat turun DSP yang baru untuk penggunaan Tahun 1,2,3 dan Tingkatan 1 & 2 Tahun 2013.

         Sebarang pertanyaan , sila hubungi En. Norazrin bin Zahari Pen. PPD PBS ditalian 019-7346971.
Sekian, harap maklum dan terima kasih.

Tindakan : Pengetua & Guru Besar, Seklah-Sekolah Daerah Pasir Gudang.

Wednesday, 20 February 2013

PELAKSANAAN UJIAN 1 SEKOLAH RENDAH 2013

oleh : En. Adnan Bin Ismail, Penolong PPD Peperiksaan Dalaman 
pada 20 Feb 2013


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sehubungan dengan takwim yang telah dikeluarkan oleh pihak Bahqagian Pengurusan Sekolah Harian, sekolah rendah diminta untuk melaksanakan Ujian 1 atau Ujian Awal Tahun pada tarikh yang telah ditetapkan iaitu;

Ujian 1/ Ujian Awal Tahun : 12 - 14hb Mac 2013.

Pengurusan jadual waktu adalah ditetapkan oleh pihak sekolah sendiri. Pihak sekolah diminta untuk berhubung terus dengan pihak Unit Akademik ( En Ahmad Bin Ali : Ketua Unit Akademik) berkaitan dengan pengurusan soalan.

Harap maklum.

Friday, 2 November 2012

SURAT PENGESAHAN KEMASUKAN MARKAH PAT TAHUN 2012 SEKOLAH RENDAH - SAPS

oleh : En. Adnan Bin Ismail, Penolong PPD Peperiksaan Dalaman 
pada 02 Nov 2012



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Tuan/puan dikehendaki menghantar salinan surat ini setelah berjaya membuat pengisian markah bagi Peperiksaan Akhir Tahun di dalam aplikasi sistem atas talian SAPS.

Perkara yang perlu diingatkan iaitu pengisian markah bagi Tahun 6 didalam SAPS adalah amat perlu. Jika tidak, surat pengesahan kemasukan markah ini tidak dapat dikeluarkan.

Salinan surat dengan pengesahan guru besar hendaklah dihantar dengan segera ke Unit Penilaian Dan Peperiksaan untuk perhatian En Adnan Bin Ismail .
 

Harap maklum.


Tindakan : Setiausaha Peperiksaan Dalaman Rendah

Thursday, 1 November 2012

UCAPAN TAHNIAH - PENGISIAN MARKAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN SEKOLAH RENDAH - SAPS

oleh : En. Adnan Bin Ismail, Penolong PPD Peperiksaan Dalaman 
pada 01 Nov 2012


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Ucapan tahniah dan terima kasih diberikan kepada sekolah-sekolah rendah di bawah kerana telah dapat menyelesaikan pengisian markah Peperiksaan Akhir Tahun didalam sistem atas talian SAPS lebih awal daripada yang dijadualkan.
Sekolah-sekolah tersebut adalah;
1. SK KOPOK
2. SK PASIR PUTIH
3. SK TANJONG LANGSAT
4. SK KANGKA TEBRAU
5. SK PASIR GUDANG 2
6. SK TAMAN PERMAS JAYA 2
7. SK TAMAN JOHOR JAYA 3
8. SK TAMAN MOUNT AUSTIN
9. SK TG PUTERI RESORT
10. SK TAMAN NUSA DAMAI
11. SJKC PANDAN
12. SJKC JOHOR JAYA
13. SJKT LADANG SG PLENTONG
14. SJKT PASIR GUDANG
15. SJKT LADANG ULU TIRAM
Semoiga kecekapan setiausaha peperiksaan dalaman dan para guru berkekalan bagi pengisian seterusnya.

Harap maklum.

Tindakan : Setiausaha Peperiksaan Dalaman Rendah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...