Showing posts with label JK PENTADBIRAN. Show all posts
Showing posts with label JK PENTADBIRAN. Show all posts

Friday, 5 December 2014

SEGERA : PENILAIAN OLEH PENTADBIR DAN PENILAIAN PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB) DI SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


oleh : En. Hussin Bin Hamidon, Penolong PPD Pengurusan Kualiti
pada 05 Dec 2014

Ruj. Kami :  JPA.ULKS/500-4/2/1(      )
Tarikh      :  2 NOVEMBER 2014      
Pengetua / Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Pasir Gudang
 Tuan,
 PENILAIAN OLEH PENTADBIR DAN PENILAIAN PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB) DI SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
 Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
 2.         Sukacita dimaklumkan merujuk kepada surat siaran KP(BPG) 9091/100/7/9 Jld.2 (26) bertarikh 3 Januari 2011, setiap Guru Baharu yang melapor diri perlu menjalani Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) sekurang-kurangnya selama satu tahun bagi tujuan menyokong Pembangunan Profesionalisme Guru Baharu dan meningkatkan kompetensi dalam profesion keguruan. Bahagian Pendidikan Guru bertanggungjawab dalam memastikan pelaksanan PPGB di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
 3.         Sehubungan dengan itu,mohon pihak sekolah mengambil tindakan tersebut :
  3.1.    Borang Penilaian oleh Pentadbir Terhadap Pelaksanaan PPGB (Lampiran 10 untuk Guru Baharu
          dan Lampiran 11 untuk Guru Bimbingan Sekolah Rendah dan Menengah) bagi Guru Baharu yang
          ditempatkan mulai Januari hingga Oktober 2013.
 3.2.    Borang Penilaian PPGB (Lampiran 14)
 3.3.    Perkara 3.1 dan 3.2 hendaklah dihantar menerusi fax atau email (myhussin71@yahoo.com)   pada
          atau sebelum 15 November 2014.
 3.4.    Guru Baharu yang ditempatkan pada bulan November dan Disember 2013 hendaklah 
          menghantar borang lampiran 10 atau 11 dan 14 pada atau sebelum 4 Januari 2015.
 4.         Bersama-sama ini dilampirkan Lampiran 10, 11 dan 14 untuk rujukan pihak tuan.
 5.         Sebarang pertanyaan berhubung dengan perkara di atas sila hubungi En. Hussin bin Hamidon, Penolong PPD Pembangunan Profesional, Unit Latihan di talian 07-3881210 (pejabat) ext. 214.
Sekian terima kasih.
 "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"KERJA SEPASUKAN MERAIH KEGEMILANGAN"
"1HATI KE ARAH 1MATLAMAT"
"PPD PASIR GUDANG PENERAJU GEMILANG"
Lampiran Fail
http://ppdpgudang.edu.my/images/document-pdf.png
Tindakan : GPK PENTADBIRAN DAN GURU MENTOR         

Thursday, 14 February 2013

URUSAN KENAIKAN PANGKAT PENGETUA DAN PENOLONG KANAN YANG MEMANGKU MULAI JANUARI 2012


oleh : En. Mohd Faizulnizam Bin Yaser,
 Pembantu Tadbir (P/O) 
pada 13 Feb 2013


Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.       Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia sedang membuat Urusan Kenaikan Pangkat bagi Pengetua dan Penolong Kanan yang memangku mulai 01 Januari 2012 akan mula dibuka pada 13 Februari 2013 untuk tindakan Ketua Jabatan. Hanya maklumat Pengetua dan Penolong Kanan yang lengkap dan betul sahaja boleh diperakukan oleh Ketua Jabatan. Tarikh tutup bagi setiap peringkat Ketua Jabatan adalah seperti berikut :

i. Pengetua dan Penolong Kanan di bawah Pentadbiran Jabatan Pelajaran Negeri
No
Jawatan
Ketua Jabatan
  Tarikh Tutup  Secara Atas Talian
 Tarikh Tutup Bagi JPN Peraku ke BPSM
1
Pengetua
PPD
28 Februari 2013
10 Mac 2013
2
Penolong Kanan
Pengetua
28 Februari 2013
 ii. Pengetua dan Penolong Kanan Di Bawah Pentadbiran Bahagian.
No
Jawatan
 Ketua Jabatan
  Tarikh Tutup Secara Atas Talian
  Tarikh Tutup Bagi JPN Peraku ke BPSM
1
Pengetua
Bahagian
10 Mac 2013
10 Mac 2013
2
Penolong Kanan
Pengetua
28 Februari 2013

3.       Sehubungan itu, Ketua Jabatan (Pengetua) yang telah memperakukan kenaikan pangkat Penolong Kanan pada iklan kenaikan pangkat yang disiarkan pada Disember 2012, iklan ini tidak perlu diambil tindakan.

4.       Oleh itu, diingatkan bahawa urusan Kenaikan Pangkat Pengetua dan Penolong Kanan ini akan menggunakan
 Sistem ePangkat sepenuhnya dan perakuan kenaikan pangkat yang diterima secara luar talian tidak akan dipertimbangkan. Bersama-sama ini disertakan langkah-langkah perakuan kenaikan pangkat bagi Pengetua dan Penolong Kanan yang memangku mulai 01 Januari 2012. Sekian untuk makluman dan tindakan tuan / puan selanjutnya.
Terima kasih.

Saturday, 20 October 2012

PENTING : Edaran jadual verifikasi SPSK SR 2012

oleh : En. Hussin Bin Hamidon, Penolong PPD Pengurusan Kualiti 
pada 19 Oct 2012

 


MAKLUMAN :
Berikut dimuat naik jadual verifikasi SPSK bagi semua sekolah rendah daerah Pasir Gudang yang terlibat. Jadual yang diberi boleh diubah suai mengikut kesesuaian masa Ketua Verifikator dan kumpulan verifikatornya. Sebarang perubahan tarikh atau masa hendaklah dimaklumkan kepada Pen. PPD Pengurusan Kualiti dan Guru Besar sekolah yang hendak diverifikasi.
Ketua dan KumpulanVerifikator boleh membuat verifikasi ke atas sekolah yang ditetapkan walaupun ketiadaan Pengurus Kualiti di lokasi. Pengurus Kualiti yang tiada (dengan kenyataan) atas urusan penting perlu menurunkan kuasa kepada GPK Pentadbiran semasa proses verifikasi kelak.
Sebarang permasalahan atau kesulitan, sila hubungi Unit Pengurusan Kualiti dan Inovasi PPD Pasri Gudang di talian 07-388 1210 sambungan 212.
"KERJA SEPASUKAN MERAIH KEGEMILANGAN"

JADUAL PERGEREAKAN VERIVIKATOR SPSK


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...