TAKLIMAT PENYELARASAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN
SEKOLAH (PBS) TAHUN 2013 BAGI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH.
oleh : En. Norazrin Bin Zahari, Penolong PPD Pentaksiran Berasaskan Sekolah pada 09 Jan 2013 |
Guru
Besar,
Sekolah-Sekolah
Rendah ,
Daerah
Pasir Gudang.
(U.P:
Penyelaras PBS Tahun 1 ,2 & 3)
Tuan,
TAKLIMAT PENYELARASAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN
BERASASKAN SEKOLAH (PBS) TAHUN 2013.
Dengan
segala hormatnya perkara yang tersebut di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa taklimat tersebut akan dijalankan mengikut butiran berikut:
2.1 Tarikh : 16
Januari 2013 (Rabu)
2.2 Masa : 2.00
ptg – 5.00 ptg
2.3 Tempat : Bilik
Seminar,
SK.
Seri Kota Puteri 4.
3. Sehubungan itu, tuan diminta membenarkan menghantar seorang penyelaras PBS
Tahun 1,2 &3 untuk hadir ke taklimat tersebut.
4. Sila hantar bersama Minit Mesyuarat PBS kali pertama Bil1/2013 dan Pelan Operasi PBS Tahun 2013. Sebarang
pertanyaan, sila hubungi En. Norazrin bin Zahari, Pen. PPD PBS di talian
019-7346971.
Sekian,
Terima kasih.