Guru Penolong Kanan 1
bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan
Kebangsaan.Dengan itu, Guru Penolong Kanan 1 bertanggungjawab bagi melicinkan
pentadbiran, mempertingkatkan prestasi pengajaran guru serta pembelajaran murid
dan menyediakan khidmat bantu secukupnya supaya matlamat Dasar Pendidikan
tercapai.
BIDANG TUGAS
1.1 Menjalankan
tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar.
1.2 Mengajar
sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.
1.3 Bertanggungjawab
kepada Guru Besar dalam, hal kurikulum, pentadbiran dan pengurusan guru
dan
kaikitangan
bukan guru.
1.4 Membantu
Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah
termasuk yang mempunyai
sidang
petang.
1.5 Membantu
Guru Besar menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
SENARAI TUGAS
2.1 Kurikulum
2.1.1 Menentukan
pelaksanaan Kursus Pengajian.
2.1.2 Menentukan
Rancangan Pelajaran Harian, Mingguan, Penggal dan lain-lain.
2.1.3 Mempastikan
perjalanan Panitia-panitia mata pelajaran.
2.1.4 Membantu
di dalam pengurusan penyediaan peralatan teknologi pendidikan dan pusat sumber.
2.1.5 Menentukan
penggunaan dan penyenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan.
2.1.6 Membantu serta
membimbing dalam latihan mengajar bagi guru-guru pelatih, guru-guru yang baru
mengajar di
dalam menjalankan tugas-tugas harian mereka.
2.1.7 Menentukan
program TV dan Radio Pendidikan diikuti dengan sebaik-baiknya.
2.1.8 Mengkaji segala
jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum serta mencadangkan
tindakan susulan.
2.1.9 Membantu dalam
merancang dan menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan ujian,
peperiksaan dan
penilaian dan
mencadang tindakan susulan.
2.1.10 Menyelaras
pengurusan dan perjalanan
kegiatan-kegiatan bimbingan dan pemulihan.
2.1.11
Menyelaras segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh Sekolah,Pejabat
Pendidikan Daerah,
Jabatan
Pendidikan Negeri dan Kementerian Pelajaran.
2.1.12 Membantu
dalam penentuan bahan Pusat Sumber dan lain-lain buku bacaan serta
kesesuaiannya.
2.1.13 Menyusun
Jadual Waktu Kelas dan Guru serta menyediakan Jadual Waktu Gantian.
2.2 Pentadbiran
2.2.1 Membantu
menentukan tugas guru-guru dan
kakitangan bukan guru
2.2.2 Membantu
menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru dan kakitangan
bukan guru.
2.2.3 Membantu
menyelenggara dan menyelaras kutipan data/maklumat dan perangkaan.
2.2.4 Membantu
merancang, menyelaras dan melaksanakan Takwim Sekolah.
2.2.5 Membantu
menyelia kerja-kerja kakitangan guru dan bukan guru.
2.2.6 Membantu
menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah.
2.2.7 Membantu
dan Menyelaras
penyeliaan Penyata Kewang untuk urusan audit tahunan.
2.2.8 Membantu
dan Menyelaras semua jenis pungutan sekolah.
2.2.9 Menjadi
ahli Lembaga Tatatertib Sekolah.
2.2.10 Menjadi
penandatangan kedua cek-cek sekolah.
2.2.11 Membantu
dan Mengurus hal-hal bangunan, kawasan kemudahan fizikal dan keceriaan.
2.3 Kebersihan Dan
Keindahan Sekolah
2.3.1 Membantu PK Hem
di dalam merancang dan menyelia program bagi keindahan dan
kebersihan
sekolah.
2.4 Keselamatan
2.4.1 Membantu
PK HEM Merancang langkah-langkah keselamatan bersama dengan Guru
Besar.
2.4.2
Membantu PK HEM Bersama-sama dengan Guru Besar merancang dan melaksanakan
Latihan Mencegah
Kebakaran/
Latihan Kebakaran dan kegiatan- kegiatan seumpamanya.
2.5
Tugas-tugas Lain
2.5.1 Menganggotai
Jawatankuasa-Jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari masa ke
semasa.
2.5.2 Melaksanakan
arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Guru Besar dari
masa ke semasa.