oleh : En. Hussin Bin Hamidon, Penolong PPD Pengurusan Kualiti pada 05 Dec 2014 |
Ruj. Kami : JPA.ULKS/500-4/2/1(
)
Tarikh : 2 NOVEMBER
2014
Pengetua / Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Pasir Gudang
Tuan,
PENILAIAN OLEH PENTADBIR DAN PENILAIAN
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB) DI SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di
atas.
2.
Sukacita dimaklumkan merujuk kepada surat siaran KP(BPG) 9091/100/7/9 Jld.2
(26) bertarikh 3 Januari 2011, setiap Guru Baharu yang melapor diri perlu
menjalani Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) sekurang-kurangnya selama satu
tahun bagi tujuan menyokong Pembangunan Profesionalisme Guru Baharu dan
meningkatkan kompetensi dalam profesion keguruan. Bahagian Pendidikan Guru
bertanggungjawab dalam memastikan pelaksanan PPGB di sekolah-sekolah di bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia.
3.
Sehubungan dengan itu,mohon pihak sekolah mengambil tindakan tersebut :
3.1. Borang
Penilaian oleh Pentadbir Terhadap Pelaksanaan PPGB (Lampiran 10 untuk
Guru Baharu
dan Lampiran 11 untuk Guru Bimbingan Sekolah Rendah dan Menengah) bagi Guru Baharu yang
ditempatkan mulai Januari hingga Oktober 2013.
3.2. Borang
Penilaian PPGB (Lampiran 14)
3.3. Perkara 3.1 dan
3.2 hendaklah dihantar menerusi fax atau email (myhussin71@yahoo.com)
pada
atau sebelum 15 November 2014.
3.4. Guru Baharu yang ditempatkan pada
bulan November dan Disember 2013 hendaklah
menghantar borang lampiran 10 atau 11 dan 14 pada atau sebelum 4
Januari 2015.
4.
Bersama-sama ini dilampirkan Lampiran 10, 11 dan 14 untuk rujukan pihak tuan.
5.
Sebarang pertanyaan berhubung dengan perkara di atas sila hubungi En. Hussin
bin Hamidon, Penolong PPD Pembangunan Profesional, Unit Latihan di talian
07-3881210 (pejabat) ext. 214.
Sekian terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"KERJA SEPASUKAN MERAIH
KEGEMILANGAN"
"1HATI KE ARAH 1MATLAMAT"
"PPD PASIR GUDANG PENERAJU
GEMILANG"
Lampiran Fail
![]() |
Tindakan : GPK
PENTADBIRAN DAN GURU MENTOR