Tuesday, 1 September 2015
Friday, 5 December 2014
SEGERA : PENILAIAN OLEH PENTADBIR DAN PENILAIAN PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB) DI SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
|
oleh : En. Hussin Bin Hamidon, Penolong PPD Pengurusan Kualiti pada 05 Dec 2014 |
Ruj. Kami : JPA.ULKS/500-4/2/1(
)
Tarikh : 2 NOVEMBER
2014
Pengetua / Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Pasir Gudang
Tuan,
PENILAIAN OLEH PENTADBIR DAN PENILAIAN
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB) DI SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di
atas.
2.
Sukacita dimaklumkan merujuk kepada surat siaran KP(BPG) 9091/100/7/9 Jld.2
(26) bertarikh 3 Januari 2011, setiap Guru Baharu yang melapor diri perlu
menjalani Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) sekurang-kurangnya selama satu
tahun bagi tujuan menyokong Pembangunan Profesionalisme Guru Baharu dan
meningkatkan kompetensi dalam profesion keguruan. Bahagian Pendidikan Guru
bertanggungjawab dalam memastikan pelaksanan PPGB di sekolah-sekolah di bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia.
3.
Sehubungan dengan itu,mohon pihak sekolah mengambil tindakan tersebut :
3.1. Borang
Penilaian oleh Pentadbir Terhadap Pelaksanaan PPGB (Lampiran 10 untuk
Guru Baharu
dan Lampiran 11 untuk Guru Bimbingan Sekolah Rendah dan Menengah) bagi Guru Baharu yang
ditempatkan mulai Januari hingga Oktober 2013.
3.2. Borang
Penilaian PPGB (Lampiran 14)
3.3. Perkara 3.1 dan
3.2 hendaklah dihantar menerusi fax atau email (myhussin71@yahoo.com)
pada
atau sebelum 15 November 2014.
3.4. Guru Baharu yang ditempatkan pada
bulan November dan Disember 2013 hendaklah
menghantar borang lampiran 10 atau 11 dan 14 pada atau sebelum 4
Januari 2015.
4.
Bersama-sama ini dilampirkan Lampiran 10, 11 dan 14 untuk rujukan pihak tuan.
5.
Sebarang pertanyaan berhubung dengan perkara di atas sila hubungi En. Hussin
bin Hamidon, Penolong PPD Pembangunan Profesional, Unit Latihan di talian
07-3881210 (pejabat) ext. 214.
Sekian terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"KERJA SEPASUKAN MERAIH
KEGEMILANGAN"
"1HATI KE ARAH 1MATLAMAT"
"PPD PASIR GUDANG PENERAJU
GEMILANG"
|
Lampiran Fail
|
Tindakan : GPK
PENTADBIRAN DAN GURU MENTOR
Thursday, 4 December 2014
Friday, 23 May 2014
KURSUS INDUKSI KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH KSSR MATA PELAJARAN SEJARAH TAHUN 5 2015 DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2014
|
oleh : En. Zool Hilman Bin Haironi, Penolong
PPD Sains Kemasyarakatan
pada 20 May 2014 |
Merujuk kepada perkara di atas,
2. Sukacita dimaklumkan bahawa kursus tersebut akan dilaksanakan mengikut ketetapan
berikut :-
Tarikh : 17
Jun hingga 18 Jun 2014 (Selasa & Rabu)
Masa :
7.30 pagi - 4.30 petang
Tempat : Bilik Seminar SK Seri Kota Puteri 4
3. Sehubungan dengan itu bersama ini dimuat naik surat panggilan peserta,surat
lantikan urusetia (SK Taman Puteri Wangsa) dan DSKP Sejarah Tahun 5
yang wajib dimuat turun oleh pihak sekolah untuk dibawa bersama semasa
menghadiri kursus tersebut.Sekian terima kasih.
Pengisian Maklumat Makmal Komputer Sekolah - Sekolah KPM Zon PKG Pasir Gudang
|
oleh : En. Azman Bin Buangsi, Pegawai Teknologi Pendidikan
pada 21 May 2014 |
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Mohon kerjasama daripada Guru Penyelaras Bestari / Guru ICT untuk
mengisi maklumat Makmal Komputer Sekolah sepertimana borang yang telah
dilampirkan.
3. Pengisian data Makmal Komputer Sekolah ini adalah untuk
mengumpulkan data makmal komputer sekolah bagi
tujuan perlaksanaan inisiatif ICT sekolah-sekolah KPM.
4. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasam guru penyelaras bestari / guru
ICT sekolah untuk melengkapkan data tersebut selewat-lewatnya 27 Mei 2014 ke
PKG Zon Pasir Gudang melalui emel (pkg_pasir_gudang@moe.gov.my).
5. Jika menghadapi sebarang masalah, sila hubungi En. Azman bin Buangsi,
PKG Pasir Gudang (Tel:07-2519630).
Sekian, terima kasih.
Lampiran Fail
|
|
Borang eDATA (150)
|
TAKLIMAT PENTAKSIRAN KBAT DAN PENAMBAHBAIKAN PBS DALAM SARANA IBU BAPA DAN GURU (PIBG)2014
|
oleh : Pn. Mazlin Binti Haji Muhammad, Pembantu Operasi
pada 22 May 2014 |
PENGETUA / GURU BESAR
Semua Sekolah Menengah Dan Rendah
Daerah Pasir Gudang
Tuan,
TAKLIMAT PENTAKSIRAN KBAT DAN PENAMBAIKAN PBS DALAM SARANA IBU
BAPA DAN GURU (PIBG) 2014
Dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan akan mengadakan program out reach pentaksiran KBAT dan penambahbaikan PBS
kepada wakil PIBG seluruh Malaysia.Sehubungan itu satu taklimat kepada Pengetua
/ Guru Besar akan di adakan seperti berikut:
Tarikh: : 26 Mei 2014(Isnin)
Masa: : 9.00 pagi - 12.00 tengahari
tempat : Dewan Serbaguna ,Politeknik Ibrahim Sultan,Pasir Gudang
Sukacita dimaklumkan bahawa Pengetua / Guru Besar,YDP PIBG dan seorang
AJK PIBG (bukan guru) dikehendaki menghadiri taklimat di
atas..Sebarang pertanyaan sila hubungi Pn. Wanti Binti Masrom di talian
013 7446674.
Sekian,terima kasih.
PERINGATAN : URUSAN KENAIKAN PANGKAT PPP MELALUI SISTEM ePANGKAT BAGI TAHUN 2014
|
oleh : Cik Norsafinaz Binti Mohd Yunus, Pembantu Tadbir (P/O)
pada 22 May 2014 |
PERINGATAN : URUSAN KENAIKAN PANGKAT PPP MELALUI SISTEM ePANGKAT BAGI TAHUN 2014
Tuan,
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Adalah diingatkan agar pihak sekolah mengambil maklum dan sentiasa
peka dengan iklan-iklan yang dikeluarkan melalui Sistem ePagkat dalam masa ke
semasa bagi mengelakkan berlakunya calon yang berkelayakan tercicir .
3. Pihak sekolah boleh melayari Sistem ePangkat di pautan ini http://apps2.moe.gov.my/epangkat/login.php untuk
makluman iklan yang lebih lanjut. Pihak sekolah dinasihatkan agar mengemaskini
maklumat calon-calon yang layak dan memperakukankan di dalam Sistem ePangkat
seawal yang mungkin bagi mengelakkan gangguan Sistem ePangkat pada saat akhir.
Pihak sekolah juga dinasihatkan untuk memastikan calon mengisi Borang KC yang
betul mengikut kategori yang telah ditetapkan dalam Kaedah
TBBK.
4. Sebarang keterangan lanjut boleh hubungi En.Mohd Azra Bin Abdul Aziz/ Cik Norsafinaz Binti Mohd Yunus di talian 07-3881210.
Sekian terima kasih.
BENGKEL PENULISAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA (GPM) DAN PENGURUSAN FAIL SPSK-PK09
|
oleh : En. Nahrul Khair Bin Othman, Pegawai Teknologi Pendidikan
pada 23 May 2014 |
Assalamualikum dan salam sejahtera,,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk;
Sehubungan dengan itu Tuan/Puan dikehendaki hadir seperti ketetapan
berikut:
TARIKH: 25.5.2014
HARI: AHAD
MASA: 8.00 PAGI 5.00 PETANG
TEMPAT: PUSAT KEGIATAN GURU PERMAS JAYA
Segala kerjasama didahului dengan ucapan terima kasih.
BIDANG TUGAS GPK 1 / PENTADBIRAN / KURIKULUM
Guru Penolong Kanan 1
bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan
Kebangsaan.Dengan itu, Guru Penolong Kanan 1 bertanggungjawab bagi melicinkan
pentadbiran, mempertingkatkan prestasi pengajaran guru serta pembelajaran murid
dan menyediakan khidmat bantu secukupnya supaya matlamat Dasar Pendidikan
tercapai.
BIDANG TUGAS
1.1 Menjalankan
tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar.
1.2 Mengajar
sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.
1.3 Bertanggungjawab
kepada Guru Besar dalam, hal kurikulum, pentadbiran dan pengurusan guru
dan
kaikitangan
bukan guru.
1.4 Membantu
Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah
termasuk yang mempunyai
sidang
petang.
1.5 Membantu
Guru Besar menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
SENARAI TUGAS
2.1 Kurikulum
2.1.1 Menentukan
pelaksanaan Kursus Pengajian.
2.1.2 Menentukan
Rancangan Pelajaran Harian, Mingguan, Penggal dan lain-lain.
2.1.3 Mempastikan
perjalanan Panitia-panitia mata pelajaran.
2.1.4 Membantu
di dalam pengurusan penyediaan peralatan teknologi pendidikan dan pusat sumber.
2.1.5 Menentukan
penggunaan dan penyenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan.
2.1.6 Membantu serta
membimbing dalam latihan mengajar bagi guru-guru pelatih, guru-guru yang baru
mengajar di
dalam menjalankan tugas-tugas harian mereka.
2.1.7 Menentukan
program TV dan Radio Pendidikan diikuti dengan sebaik-baiknya.
2.1.8 Mengkaji segala
jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum serta mencadangkan
tindakan susulan.
2.1.9 Membantu dalam
merancang dan menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan ujian,
peperiksaan dan
penilaian dan
mencadang tindakan susulan.
2.1.10 Menyelaras
pengurusan dan perjalanan
kegiatan-kegiatan bimbingan dan pemulihan.
2.1.11
Menyelaras segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh Sekolah,Pejabat
Pendidikan Daerah,
Jabatan
Pendidikan Negeri dan Kementerian Pelajaran.
2.1.12 Membantu
dalam penentuan bahan Pusat Sumber dan lain-lain buku bacaan serta
kesesuaiannya.
2.1.13 Menyusun
Jadual Waktu Kelas dan Guru serta menyediakan Jadual Waktu Gantian.
2.2 Pentadbiran
2.2.1 Membantu
menentukan tugas guru-guru dan
kakitangan bukan guru
2.2.2 Membantu
menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru dan kakitangan
bukan guru.
2.2.3 Membantu
menyelenggara dan menyelaras kutipan data/maklumat dan perangkaan.
2.2.4 Membantu
merancang, menyelaras dan melaksanakan Takwim Sekolah.
2.2.5 Membantu
menyelia kerja-kerja kakitangan guru dan bukan guru.
2.2.6 Membantu
menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah.
2.2.7 Membantu
dan Menyelaras
penyeliaan Penyata Kewang untuk urusan audit tahunan.
2.2.8 Membantu
dan Menyelaras semua jenis pungutan sekolah.
2.2.9 Menjadi
ahli Lembaga Tatatertib Sekolah.
2.2.10 Menjadi
penandatangan kedua cek-cek sekolah.
2.2.11 Membantu
dan Mengurus hal-hal bangunan, kawasan kemudahan fizikal dan keceriaan.
2.3 Kebersihan Dan
Keindahan Sekolah
2.3.1 Membantu PK Hem
di dalam merancang dan menyelia program bagi keindahan dan
kebersihan
sekolah.
2.4 Keselamatan
2.4.1 Membantu
PK HEM Merancang langkah-langkah keselamatan bersama dengan Guru
Besar.
2.4.2
Membantu PK HEM Bersama-sama dengan Guru Besar merancang dan melaksanakan
Latihan Mencegah
Kebakaran/
Latihan Kebakaran dan kegiatan- kegiatan seumpamanya.
2.5
Tugas-tugas Lain
2.5.1 Menganggotai
Jawatankuasa-Jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari masa ke
semasa.
2.5.2 Melaksanakan
arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Guru Besar dari
masa ke semasa.
Subscribe to:
Posts (Atom)










