Friday, 5 October 2012

FASA PELAKSANAAN SARINGAN 3, SARINGAN 6 DAN SARINGAN 9 BAGI PROGRAM LINUS 2012


oleh : En. Nai`m Bin Ibrahim,
 FasiLINUS 
pada 05 Oct 2012



Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 2.         Bersama-sama ini dimaklumkan fasa pelaksanaan Saringan 3, Saringan 6 dan Saringan 9 seperti butiran di bawah: 
Saringan
Fasa Pelaksanaan
Saringan 3 (Tahun 1)
Untuk semua murid Tahun 1 (melepasi dan tidak melepasi Saringan 2)
Saringan 6 (Tahun 2)
Untuk murid Tahun 2 (tidak melepasi Saringan 4)
Saringan 9 (Tahun 3)
Untuk murid Tahun 3 (tidak melepasi Saringan 8)
 3.         Pihak sekolah juga perlu memastikan borang Instrumen BPPI dilengkapkan dan sama dengan  data portal NKRA.
 4.         Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Karman Amin bin Abdullah, Pegawai FasiLINUS  di talian 013-9836424 atau En. Nai’m bin Ibrahim, Pegawai FasiLINUS  di talian 012-2967041 atau 07-3881210 ext 304. Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai. 
 Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan. Terima kasih.

SEGERA :TAKLIMAT PENGELOLAAN KONVOKESYEN PRASEKOLAH DAERAH PASIR GUDANG 2012


oleh : En. Sharful Admal Bin Adnan,
 Penolong PPD Prasekolah / Permata 
pada 04 Oct 2012


Perkara di atas adalah di rujuk.
2.         Sehubungan itu, mohon kerjasama tuan/puan  untuk membenarkan guru dan pembantu pengurusan murid prasekolah untuk menghadiri Taklimat Pengelolaan Konvokesyen Prasekolah Daerah Pasir Gudang yang akan diadakan seperti ketetapan berikut :
2.1       Tarikh             : 8 Oktober 2012 (Isnin)
2.2       Tempat           : Dewan Darul Takzim, UniKL ( Caw. Pasir Gudang )
2.3       Masa              : 12.30 T/hari
3.         Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Sharful Admal Bin Adnan, Pen. PPD Prasekolah/Permata, PPD Pasir Gudang di talian 016-7065978 atau Pejabat 07-3881210samb. 254. Kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, untuk tindakan dan makluman pihak tuan.

MOHON MAKLUMAT BILANGAN MURID PEMULIHAN TAHUN 3


oleh : En. Nai`m Bin Ibrahim,
 FasiLINUS 
pada 05 Oct 2012



Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 
2.         Sehubungan dengan itu, pihak PPD sedang mengumpulkan maklumat bilangan murid pemulihan tahun 3. Oleh itu,. Pihak tuan diminta melengkapkan borang yang boleh dimuat turun dari halaman web PPD Pasir Gudang  dan dikembalikan ke Unit Akademik selewat-lewatnya pada hari Khamis 11  Oktober 2012.
3.         Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Karman Amin bin Abdullah, Pegawai FasiLINUS  di talian 013-9836424 atau En. Nai’m bin Ibrahim, Pegawai FasiLINUS  di talian 012-2967041 atau 07-3881210 ext 304. Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai.
Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan. Terima kasih.

SEGERA:KEMASKINI DATA IQPSS dan i-NILAM


oleh : En. Nahrul Khair Bin Othman,
 Pegawai Teknologi Pendidikan 
pada 05 Oct 2012


Assalamualikum dan salam 1 Malaysia,
Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Pasir Gudang.

KEMASKINI DATA IQPSS DAN I-NILAM
Berhubung dengan perkara di atas,Mesyuarat TEKNOPEN Negeri Johor akan akan diadakan di BTPNJ, data i-NILAM dan IQPSS akan di bincangkan di dalam mesyuarat tersebut.Sehubungan dengan itu diminta jasa baik Tuan /Puan untuk mengarahkan Guru Perpustakaan dan Media(GPM) sekolah Tuan/Puan untuk mengemaskini data tersebut sebelum atau 8.10.2012(ISNIN).
Sekian untuk makluman dan tindakan Tuan/Puan selanjutnya.
Terima kasih

Wednesday, 3 October 2012

PINDAAN TARIKH BENGKEL e-PROFILE SISTEM PENGURUSAN LATIHAN GURU (SPLG)


oleh : En. Hussin Bin Hamidon, Penolong PPD Pengurusan Kualiti
pada 02 Oct 2012

 ___________________________________________________________________
PINDAAN TARIKH BENGKEL APLIKASI e-PROFILE SISTEM PENGURUSAN LATIHAN GURU DALAM PERKHIDMATAN (SPLG)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah di rujuk.
Sehubungan itu, bengkel di atas yang sepatutnya di adakan pada 2 dan 3 September 2012 ditunda kepada ketetapan seperti berikut :-

Tarikh      :   4 Oktober 2012 (Khamis)
Masa       :  10.00 pagi  - 12.30 tengah hari (Sekolah Rendah)
                    2.30 petang - 5.00 petang (Sekolah Menengah)
Tempat   :   PKG Permas Jaya
Alatan      :   Sila bawa Laptop, Broadband dan Extension wire untuk tujuan hands-on.
  (Jamuan makan tengah hari disediakan)
Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Hussin Bin Hamidon, pemangku Penolong PPD Pembangunan Profesional di talian  07-3881210 sambungan 212.

Segala kesulitan amat dikesali.  
Sekian untuk makluman dan tindakan. Terima kasih.

STATISTIK TERKINI PENGEMASKINIAN MAKLUMAT PEMUTIHAN PERJAWATAN DI APLIKASI e-OPERASI SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH PASIR GUDANG

 
oleh : Cik Erny Binti Yahaya, Pembantu Tadbir (P/O)
pada 03 Oct 2012


SEHUBUNGAN DENGAN ITU, MOHON PENGETUA DAN GURU BESAR SERTA PENOLONG KANAN 1 UNTUK MEMBUAT PENGESAHAN PEMUTIHAN PERJAWATAN DI e-OPERASI SELEWAT-LEWATNYA 5 OKTOBER 2012.
BERSAMA-SAMA INI DISERTAKAN STATISTIK KEMASKINI DATA OLEH PK1 DAN PENGETUA SERTA GURU BESAR.
SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI PUAN NILAWATI BINTI YAACOB, BAHAGIAN SUMBER MANUSIA KPM DI TALIAN  03-88847112. MAKLUMAT LENGKAP PENGEMASKINIAN DATA BOLEH RUJUK DIBAHAGIAN SURAT SIARAN.
SEKIAN UNTUK MAKLUMAN DAN TINDAKAN. TERIMA KASIH.

PERLANJUTAN TEMPOH PENGHANTARAN TUNTUTAN ELAUN GURU-GURU BAGI PROGRAM HIKMAH UPSR 2012


oleh : Pn. Kamisah Binti Malik, Pembantu Tadbir (P/O)
pada 03 Oct 2012


    Merujuk  kepada  perkara di atas,  
pihak PPD  bersetuju  untuk  membuat perlanjutan tempoh penghantaran  tuntutan elaun bagi Tuisyen Hikmah UPSR tahun 2012  pada tarikh 09 Oktober 2012.

2.         Sekolah yang telah menghantar borang tuntutan  terima kasih diucapkan  dan  pihak kami akan  mengembalikan di pigeon hole  sekolah masing-masing  untuk diperbetulkan .  Bagi penyelaras yang mempunyai masalah tentang cetakan  borang tuntutan bagi penyelaras sila ikut manual seperti dilampirkan.

3.         Kerjasama , perhatian  dan tindakan dari pihak tuan sangat diharapkan  bagi mengelakkan kelewatan  pembayaran , sebarang  pertanyaan  sila hubungi  Encik Zool Hilman bin Haironi di talian  019-7881705

Sekian, terima kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...