Wednesday, 10 October 2012

BAHAN KURSUS KSSR DAN PBS MATEMATIK TAHUN 3 2012

oleh : En. Mohammed Yusoff Bin Zainal Abidin, Penolong PPD Sains & Matematik (Ren) 
pada 10 Oct 2012



Perkara di atas adalah dirujuk.
2.      Mohon pihak sekolah untuk memuat turun bahan KSSR dan PBS Matematik dan dibawa bersama oleh peserta kursus KSSR dan PBS Matematik sekolah tuan yang akan dilaksanakan pada 17 Oktober 2012 hingga 20 Oktober 2012 di SK Taman Desa Jaya.
3.     Bahan-bahan yang diedarkan semasa kursus hendaklah dimasukkan ke dalam fail panitia Matematik.
4.     Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Mohammed Yusoff Bin Zainal Abidin ditalian 0127486028.
Sekian terima kasih. 


Lampiran Fail

http://ppdpgudang.edu.my/images/document-pdf.png
http://ppdpgudang.edu.my/images/document-pdf.png
http://ppdpgudang.edu.my/images/document-pdf.png
http://ppdpgudang.edu.my/images/document-pdf.png
http://ppdpgudang.edu.my/images/document.png
http://ppdpgudang.edu.my/images/document.png
http://ppdpgudang.edu.my/images/document.png
http://ppdpgudang.edu.my/images/document-pdf.png

BENGKEL PENGURUSAN PSS, NiLAM DAN LITERASI MAKLUMAT 2012 (KOHOTRT 3) GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA (GPM)

oleh : En. Nahrul Khair Bin Othman, Pegawai Teknologi Pendidikan 
pada 10 Oct 2012


Kepada,
Seperti lampiran

Melalui,
Pengetua,Guru Besar.
Tuan,
BENGKEL PENGURUSAN PSS,NiLAM DAN LITERASI MAKLUMAT 2012 (KOHORT 3) GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA(GPM)
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk;
2. Adalah dimaklumkan ,Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Johor akan mengadakan Bengkel seperti di atas bagi meningkatkan kemahiran dan pengurusan Pusat Sumber Sekolah.
3. Sehubungan dengan itu tuan/puan dikehendaki hadir mengikuti Bengkel tersebut seperti ketetapan berikut:
TARIKH : 15-17 OKTOBER 2012 (ISNIN)
TEMPAT : BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI JOHOR,JLN HANG JEBAT , TMN    SKUDAI BARU,81300 SKUDAI , JOHOR BAHRU.
MASA : 8.30 PAGI - 10.30 MALAM
PENDAFTARAN:15 OKTOBER 2012 (ISNIN) JAM 2.00 PETANG
4. untuk makluman, tuan/puan dikehendaki membawa laptop dan extension kabel.Sepanjang Bengkel dijalankan makan minum dan tempat tinggal akan disediakan oleh pihak penganjur dan tuan/puan boleh membuat tuntuan perjalanan satu tempat duduk teksi sepertimana Pekeliling Perbendaharaan yang berkuatkuasa sekarang dari jabatan masing-masing.
Untuk pertanyaan sila hubungi Unit Perkhidmatan PSP atau Unit IICT di talian  07-5581893 ext 114 atau 117.
Kerjasama dari tuan/puan diucapkan terima kasih.
Sila muat turun surat panggilan rasmi serta senarai nama peserta serta senarai nama sekolah yang terlibat di bawah ini.
Sekian

Monday, 8 October 2012

TAKLIMAT PENGISIAN DATA e-PELAPORAN j-QAF


TINDAKAN SEGERA:RALAT VERIFIKASI EMIS NEGERI BIL 1 / OKTOBER

oleh : En. Mohd Hafidz Bin Samsudin, Penyelia Teknologi & Maklumat 
pada 08 Oct 2012


Tuan/Puan ,
Berikut adalah tindakan yang perlu diberi perhatian oleh guru data sebelum 12 Oktober 2012.Harap usaha dan kerjasama tuan/puan dalam mengekalkan ralat sifar seperti mana Verifikasi Ogos lalu bagi Daerah Pasir Gudang akan terus dikekalkan prestasi dan pencapaiannya.

Fokus Kutipan EMIS
1.SEMAKAN TARIKH LANTIK JAWATAN SEMASA BAGI SEMUA PENTADBIR
2.SEMAKAN GURU SISWAZAH DARI NONE GRADUATE KEPADA GRADUATE TIADA TARIKH SAH SEMASA DAN BERUBAH SKIM

SILA LAYARI PORTAL SENARAI RALAT EMIS JOHOR UNTUK TINDAKAN SEGERA 
            http://www.moe.gov.my/jpnjohor/emis/utiliti.php

Pengisian Borang Penarafan Kendiri SPSK SR 2012

oleh : En. Hussin Bin Hamidon, Penolong PPD Pengurusan Kualiti 
pada 08 Oct 2012



                                                                                    Ruj. Kami : JPA1006.UPQ/100-6/5/6(   )
                                                                                    Tarikh      : 08 OKTOBER 2012
Guru Besar (Pengurus Kualiti SPSK),
dan Penyelaras SPSK Sekolah,
Semua Sekolah Rendah Daerah Pasir Gudang.
Tuan,
PENGISIAN INSTRUMEN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI (SPSK) BAGI SEKOLAH RENDAH DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2012
Dengan segala hormatnya, surat JPNJ.SJQ(43)/100-6/5/6 Jld 3(   ) bertarikh 29 September 2012 dan perkara di atas adalah dirujuk.
2.         Sukacita dimaklumkan, PPD Pasir Gudang berhasrat untuk melihat keberkesanan semua Sekolah Rendah daerah Pasir Gudang untuk mengamalkan SPSK pada tahun ini. Bagi memenuhi keperluan ini, dimaklumkan bahawa penarafan kendiri SPSK perlu dilaksanakan bermula 03 Okt 2012 hingga 12 Okt 2012.
3.         Justeru, Pengurus Kualiti dipohon untuk mengisi instrumen yang dimuat naik dalam portal PPD Pasir Gudang dan menyerahkan kembali menerusi emel ke alamat myhussin71@yahoo.com atau sesalinan instrumen dihantar terus ke Unit Pengurusan Kualiti, PPD Pasir Gudangsebelum atau pada 12 Okt 2012. Untuk maklumat awal, taklimat negeri kepada semua verifikator yang dilantik akan diadakan pada 11 Okt 2012 bertempat di Auditorium Aras 6, JPN Johor. Surat akan disusul kemudian oleh pegawai SJQ JPN Johor.
4.         Segala kerjasama dan jasa baik tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Sebarang pertanyaan, sila hubungi En Hussin Bin Hamidon, Penolong PPD Pengurusan Kualiti di talian  07-3881210 sambungan 212.
Sekian, untuk makluman dan tindakan.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saturday, 6 October 2012

Pekeliling Pengurusan Panitia Mata Pelajaran


Pekeliling 1

Bahagian Sekolah-Sekolah,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Tingkat 12-14,
Bangunan Bank Pertanian,
Leboh Pasar Besar, Telefon : 03-2922066
50604 Kuala Lumpur. Kawat : Pelajaran 
Ruj. Kami : KB(BS)8591/Jld.II/(44)
Tarikh : 13 Mac, 1986

Semua Pengarah Pelajaran Negeri Malaysia.
Y.B. Datuk/Tuan,

Per: Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil. 4/1986 Panitia Mata Pelajaran 

Dalam menjalankan kerja-kerja penyeliaan sekolah-sekolah oleh Jemaah Nazir Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Daerah, salah satu perkara yang hendak diselia adalah tentang kewujudan dan keberkesanan panitia mata pelajaran di sekolah-sekolah. Adalah didapati bahawa ada sekolah-sekolah yang telah menubuhkan panitia mata pelajaran dan dapat berfungsi dengan baik dan ada pula di sebaliknya. Walau bagaimanapun, sama ada panitia mata itu berfungsi atau tidak, Kementerian Pelajaran difahamkan bahawa pihak-pihak yang telah membuat penyeliaan ini telah ditanya oleh pihak sekolah, atas dasar atau arahan manakah, panitia mata pelajaran ini perlu ditubuhkan.

2. Oleh yang demikian, surat pekeliling ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memberitahu pihak sekolah tentang perlunya penubuhan panitia mata pelajaran, supaya dengan ini, penubuhan dua hala di antara pihak sekolah dengan pihak-pihak yang membuat penyeliaan dapat diadakan dengan lebih berkesan lagi.

3. Berikut adalah panduan mengenai panitia mata pelajaran dan pihak sekolah adalah dikehendaki menubuhkan atau memperkemaskan lagi panitia mata pelajaran supaya keberkesanan pengajaran- pembelajaran di sekolah dapat ditingkatkan.

Latar Belakang

Kebanyakan para pelajar dalam pembelajaran dan motivasi serta minat mereka terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajari mempunyai hubungan rapat dengan kebolehan dan kekesanan guru yang mengajar. Guru tidak ragu-ragu lagi mempunyai peranan yang penting dalam menentukan sama ada matlamat pencapaian akademik para pelajar di sekolah tercapai atau tidak.

Menyedari hakikat ini, maka adalah wajar bagi guru yang terlibat atau mengajar sesuatu mata pelajaran yang sama, menggembelingkan tenaga mereka dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti dan / atau tugas-tugas mengajar sebagai pendidik. Mereka juga harus mempunyai semangat bekerjasama, saling membantu dan berkongsi fikiran, pengalaman serta kepakaran untuk memperbaiki lagi kecekapan dan kekesanan mereka. Dengan demikian, guru yang mengajar sesuatu mata pelajaran berpeluang untuk bekerjasama dan menyelaraskan usaha mereka dengan lebih terkelola dan bersepadu. Dengan wujudnya badan ikhtisas seumpama ini, guru yang menganggotainya juga berpeluang untuk mencari penyelesaian kepada masalah-masalah, bukan sahaja dalam bidang pengajaran, bahkan juga masalah yang berhubung dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar.

Struktur dan Organisasi

3.2.1 Panitia mata pelajaran adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran yang sama di sesebuah sekolah. (Sekolah-sekolah kecil yang bilangan gurunya sedikit adalah difikirkan tidak perlu menubuhkan pelbagai panitia mata pelajaran). 
3.2.2 Badan ini hendaklah dipimpin dan dikendalikan oleh Guru Besar atau Pengetua Sekolah.
3.2.3 Semua Ketua Panitia mata pelajaran adalah secara automotik menjadi ahli-ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Pelajaran masing-masing di dalam Jawatankuasa tersebut dan menjadi sebagai penghubung di antara ahli panitia dengan Guru Besar atau Pengetua Sekolah.
3.2.4 Keputusan-keputusan yang diambil oleh tiap-tiap panitia di dalam perjumpaan-perjumpaan berhubung dengan isu-isu masalah-masalah kurikulum dan pengajaran perlu dibawa oleh ketua panitia kepada Guru Besar atau Pengetua atau Penolong Kanannya, sama ada untuk mendapat penyelesaian atau makluman.
3.2.5 Di sekolah-sekolah di mana Jawatankuasa Kurikulum Sekolah belum ditubuhkan, Ketua panitia masih memainkan peranan penting untuk berhubung dengan Guru Besar atau Pengetua bagi membentangkan masalah-masalah atau isu-isu yang sedang dihadapi dan mensyorkan segala cadangan atau permintaan ahli-ahli panitia berhubung dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran.

Tujuan Panitia Mata Pelajaran

Berikut adalah di antara beberapa tujuan yang dikenal pasti untuk panitia mata pelajaran;-

3.2.1 Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan kekesanan pengajaran-pembelajaran;
3.2.2 Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap pembelajaran.
3.2.3 Memperbaiki prestasi pelajar di dalam peperiksaan (berasaskan sekolah dan awam) dalam mata pelajaran berkenaan berpandukan atau berasaskan kepada prestasi/ target yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah;
3.2.4 Mewujudkan semangat kerjasama di antara panitia mata pelajaran dengan persatuan kelab akademik.

Peranan Panitia Berikut adalah di antara perkara yang dianggap perlu dilaksanakan oleh panitia, sejajar dengan peranannya sebagai sebuah badan ikhtisas.

3.4.1 Memperolehi sukatan pelajaran yang terbaru atau kemas kini untuk kegunaan ahli-ahli panitia;
3.4.2 Menyediakan rancangan mengajar untuk ketiga-tiga penggal dalam tahun persekolahan. Rancangan mengajar ini diselaraskan di antara guru dalam sesuatu tingkatan/darjah dan juga di antara tingkatan/darjah di mana ada kaitan;
3.4.3 Memilih dan mencadangkan kepada pentadbiran sekolah buku teks untuk digunakan oleh pelajar berdasarkan kepada kesesuaian buku itu dari segi kehendak sukatan pelajaran dan tahap kebolehan mereka;
3.4.4 Memilih dan mencadangkan buku rujukan atau bahan bacaan tambahan yang sesuai dengan keperluan pembelajaran para pelajar dan kegunaan guru untuk dibekalkan di pusat sumber sekolah;
3.4.5 Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan (berasaskan sekolah) yang disediakan bagi tiap-tiap tingkatan atau darjah dan jika perlu, menubuhkan bank soalan
3.4.6 Mengkaji dan menganalisa keputusan peperiksaan pelajar dalam tiap-tiap peperiksaan berasaskan (khususnya peperiksaan pertengahan dan akhir tahun ) dan mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan-kelemahan pelajaran dan pembelajaran;
3.4.7 Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala sekurang-kurangnya sekali sepenggal dan mengadakan perjumpaan secara `ad-hoc’ jika perlu;
3.4.8 Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara formal atau tidak formal) untuk memikir dan membincangkan masalah-masalah atau isu-isu yang berkaitan seperti masalah-masalah yang berhubung dengan kaedah mengajar serta mencari penyelesaian kepada masalah atau isu tersebut;
3.4.9 Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang diperolehi setelah mengikuti kursus atau seminar dengan ahli-ahli lain;
3.4.10 Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di sekolah dan menjalani hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran;
3.4.11 Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan panitia-panitia di sekolah-sekolah berhampiran atau sekawasan;
3.4.12 Bekerjasama dengan lain-lain panitia dan membantunya dalam usaha ke arah memajukan pelajar yang lemah dalam mata-mata pelajaran tertentu;
3.4.13 Melantik seorang setiausaha dari kalangan ahli untuk menyediakan minit mesyuarat dan mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia;
3.4.14 Menyelenggarakan fail-fail panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkenaan

4. Harap Y.B. Datuk/Tuan memaklumkan kandungan Surat Pekeliling ini kepada semua sekolah.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menurut perintah,

t.t

(HAJI JUMAAT BIN DATO’ HAJI MOHD. NOOR)
Bahagian Sekolah
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia.

PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN



1. Pendahuluan :
Pengurusan Panitia Mata Pelajaran merupakan teras dalam pengurusan kurikulum sekolah khususnya dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan Pendidikan Islam. Peranannya amat penting dalam usaha menjadikan pengurusan kurikulum Pendidikan Islam di sekolah-sekolah lebih terancang dan sistematik.
Pengurusan Panitia Mata Pelajaran yang cemerlang akan memantapkan prestasi akademik dan sahsiah murid. Justeru itu, diharapkan maklumat ini dapat membantu merealisasikan harapan dan wawasan yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2. Definisi :
Pengurusan Panitia Mata Pelajaran Islam di sekolah bermaksud kemampuan dan kecekapan Panitia Pendidikan Islam merancang, mengurus dan melaksanakan matlamat, objektif strategik dan program panitia secara berterusan dan berkesan.

3. Punca Kuasa :

Panitia Mata Pelajaran di sekolah ditubuhkan atas arahan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/1986.

4. Objektif :
4.1 Mempertingkat pemahaman mengenai struktur organisasi, fungsi dan tugas panitia Mata Pelajaran di sekolah.

4.2 Mempertingkat kerjasama dan muafakat guru Mata Pelajaran untuk merancang, melaksana, menyelia dan memantau keberkesanan semua program dan aktiviti yang berkaitan.

4.3 Berusaha secara muafakat untuk mencari penyelesaian masalah dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar murid.

4.4 Memantapkan sistem dokumentasi maklumat yang berkaitan dengan panitia Mata Pelajaran.

4.5 Mempertingkat kualiti pengurusan panitia Mata Pelajaran di sekolah.

5. Penambahbaikan Pengurusan Panitia :

5.1 Sistem Fail
5.2 Perancangan Peningkatan Panitia

5.2.1 Menyediakan Rancangan Jangka Panjang yang meliputi Kurikulum, Ko-Kurikulum 
dan Sahsiah. Rancangan ini adalah merupakan perancangan dalam tempoh tiga 
hingga lima tahun.

5.2.2 Menyediakan Rancangan Tahunan Semasa iaitu dalam tempoh setahun, 
merangkumi semua program dan aktiviti panitia.

5.2.3 Menyediakan Rancangan Operasional iaitu kertas kerja bagi setiap aktiviti yang 
hendak dijalankan.

5.3 Perkembangan Staf

5.3.1 Merancang dan mengadakan Perkembangan Staf sekurang-kurangnya dua kali 
setahun. 

5.3.2 Pengisian di dalam kursus tersebut merangkumi antaranya, kaedah pengajaran 
dan pembelajaran berkesan, pengurusan masa, pengurusan panitia,
penggunaan ICT dalam pengajaran dan perkembangan kurikulum terkini.

5.4 Pengurusan Kewangan:

5.4.1 Merancang dan membeli bahan bantu mengajar yang bersesuaian.

5.4.2 Menggunakan peruntukan kewangan (Perkapita Geran - PCG) untuk 
meningkatkan keberkesanan P&P seperti mencetak dan membeli buku kerja. 

5.4.3 Menyediakan anggaran belanjawan tahunan panitia.

5.5 Laporan Program / Aktiviti: 

5.5.1 Menyediakan laporan program / aktiviti yang telah dijalankan.

5.5.2 Semua laporan hendaklah dikemaskini dan dibukukan dalam bentuk yang 
         menarik.

5.6 Penyemakan Buku Latihan:

5.6.1 Menentukan jumlah latihan dalam tempoh setahun mengikut kelas.

5.6.2 Menghantar buku latihan kepada Guru Besar / Guru Penolong Kanan mengikut 
         jadual yang ditetapkan untuk disemak.

5.6.3 Menyimpan Borang Semakan di dalam fail panitia.

5.7 Pengurusan Bilik Khas:

5.7.1 Memastikan bilik berada dalam keadaan bersih dan ceria.

5.7.2 Menggunakan kemudahan bilik untuk amali solat, P&P dan kegiatan 
        persatuan.

5.7.3 Merekodkan penggunaan bilik dan mengemaskini stok peralatan surau.

5.7.4 Menggunakan senarai semak pengurusan bilik yang dibekalkan oleh Jabatan 
         Pelajaran Negeri masing-masing.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...