Friday, 5 December 2014

SEGERA : PENILAIAN OLEH PENTADBIR DAN PENILAIAN PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB) DI SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


oleh : En. Hussin Bin Hamidon, Penolong PPD Pengurusan Kualiti
pada 05 Dec 2014

Ruj. Kami :  JPA.ULKS/500-4/2/1(      )
Tarikh      :  2 NOVEMBER 2014      
Pengetua / Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Pasir Gudang
 Tuan,
 PENILAIAN OLEH PENTADBIR DAN PENILAIAN PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB) DI SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
 Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
 2.         Sukacita dimaklumkan merujuk kepada surat siaran KP(BPG) 9091/100/7/9 Jld.2 (26) bertarikh 3 Januari 2011, setiap Guru Baharu yang melapor diri perlu menjalani Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) sekurang-kurangnya selama satu tahun bagi tujuan menyokong Pembangunan Profesionalisme Guru Baharu dan meningkatkan kompetensi dalam profesion keguruan. Bahagian Pendidikan Guru bertanggungjawab dalam memastikan pelaksanan PPGB di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
 3.         Sehubungan dengan itu,mohon pihak sekolah mengambil tindakan tersebut :
  3.1.    Borang Penilaian oleh Pentadbir Terhadap Pelaksanaan PPGB (Lampiran 10 untuk Guru Baharu
          dan Lampiran 11 untuk Guru Bimbingan Sekolah Rendah dan Menengah) bagi Guru Baharu yang
          ditempatkan mulai Januari hingga Oktober 2013.
 3.2.    Borang Penilaian PPGB (Lampiran 14)
 3.3.    Perkara 3.1 dan 3.2 hendaklah dihantar menerusi fax atau email (myhussin71@yahoo.com)   pada
          atau sebelum 15 November 2014.
 3.4.    Guru Baharu yang ditempatkan pada bulan November dan Disember 2013 hendaklah 
          menghantar borang lampiran 10 atau 11 dan 14 pada atau sebelum 4 Januari 2015.
 4.         Bersama-sama ini dilampirkan Lampiran 10, 11 dan 14 untuk rujukan pihak tuan.
 5.         Sebarang pertanyaan berhubung dengan perkara di atas sila hubungi En. Hussin bin Hamidon, Penolong PPD Pembangunan Profesional, Unit Latihan di talian 07-3881210 (pejabat) ext. 214.
Sekian terima kasih.
 "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"KERJA SEPASUKAN MERAIH KEGEMILANGAN"
"1HATI KE ARAH 1MATLAMAT"
"PPD PASIR GUDANG PENERAJU GEMILANG"
Lampiran Fail
http://ppdpgudang.edu.my/images/document-pdf.png
Tindakan : GPK PENTADBIRAN DAN GURU MENTOR         

DIALOG PRESTASI UPSR 2014


Friday, 23 May 2014

KURSUS INDUKSI KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH KSSR MATA PELAJARAN SEJARAH TAHUN 5 2015 DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2014

oleh : En. Zool Hilman Bin Haironi, Penolong PPD Sains Kemasyarakatan
pada 20 May 2014

Merujuk kepada perkara di atas,
2.     Sukacita dimaklumkan bahawa kursus tersebut akan dilaksanakan mengikut ketetapan berikut :-
           Tarikh     :  17 Jun hingga 18 Jun 2014 (Selasa & Rabu)
           Masa       : 7.30 pagi - 4.30 petang
           Tempat   : Bilik Seminar SK Seri Kota Puteri 4

3.       Sehubungan dengan itu bersama ini dimuat naik surat panggilan peserta,surat lantikan urusetia (SK Taman Puteri Wangsa) dan DSKP Sejarah Tahun 5 yang wajib dimuat turun oleh pihak sekolah untuk dibawa bersama semasa menghadiri kursus tersebut.Sekian terima kasih.

Pengisian Maklumat Makmal Komputer Sekolah - Sekolah KPM Zon PKG Pasir Gudang

oleh : En. Azman Bin Buangsi, Pegawai Teknologi Pendidikan
pada 21 May 2014

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Mohon kerjasama daripada Guru Penyelaras Bestari / Guru ICT untuk mengisi maklumat Makmal Komputer Sekolah sepertimana borang yang telah dilampirkan.
3. Pengisian data Makmal Komputer Sekolah ini adalah untuk mengumpulkan data makmal komputer sekolah bagi tujuan perlaksanaan inisiatif ICT sekolah-sekolah KPM.
4. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasam guru penyelaras bestari / guru ICT sekolah untuk melengkapkan data tersebut selewat-lewatnya 27 Mei 2014 ke PKG Zon Pasir Gudang melalui emel (pkg_pasir_gudang@moe.gov.my).
5. Jika menghadapi sebarang masalah, sila hubungi En. Azman bin Buangsi, PKG Pasir Gudang (Tel:07-2519630).

Sekian, terima kasih.


Lampiran Fail


http://www.ppdpgudang.edu.my/images/document.png
Borang eDATA (150)

TAKLIMAT PENTAKSIRAN KBAT DAN PENAMBAHBAIKAN PBS DALAM SARANA IBU BAPA DAN GURU (PIBG)2014

oleh : Pn. Mazlin Binti Haji Muhammad, Pembantu Operasi
pada 22 May 2014

PENGETUA / GURU BESAR
Semua Sekolah Menengah Dan Rendah
Daerah Pasir Gudang
Tuan,
TAKLIMAT PENTAKSIRAN  KBAT DAN PENAMBAIKAN PBS DALAM SARANA IBU BAPA DAN GURU (PIBG) 2014
Dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan akan mengadakan program out reach pentaksiran KBAT dan penambahbaikan PBS kepada wakil PIBG seluruh Malaysia.Sehubungan itu satu taklimat kepada Pengetua / Guru Besar akan di adakan seperti berikut:
             Tarikh:   :   26 Mei 2014(Isnin)
             Masa:    :   9.00 pagi - 12.00 tengahari
             tempat  :   Dewan Serbaguna ,Politeknik  Ibrahim Sultan,Pasir Gudang
Sukacita dimaklumkan bahawa Pengetua / Guru Besar,YDP PIBG dan seorang AJK PIBG (bukan guru) dikehendaki menghadiri  taklimat di atas..Sebarang  pertanyaan sila hubungi Pn. Wanti Binti Masrom di talian 013 7446674.

Sekian,terima kasih.

PERINGATAN : URUSAN KENAIKAN PANGKAT PPP MELALUI SISTEM ePANGKAT BAGI TAHUN 2014

oleh : Cik Norsafinaz Binti Mohd Yunus, Pembantu Tadbir (P/O)
pada 22 May 2014

PERINGATAN : URUSAN KENAIKAN PANGKAT PPP MELALUI SISTEM ePANGKAT BAGI TAHUN 2014
Tuan,
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Adalah diingatkan agar pihak sekolah mengambil maklum dan sentiasa peka dengan iklan-iklan yang dikeluarkan melalui Sistem ePagkat dalam masa ke semasa bagi mengelakkan berlakunya calon yang berkelayakan tercicir . 
3. Pihak sekolah boleh melayari Sistem ePangkat di pautan ini  http://apps2.moe.gov.my/epangkat/login.php untuk makluman iklan yang lebih lanjut. Pihak sekolah dinasihatkan agar mengemaskini maklumat calon-calon yang layak dan memperakukankan di dalam Sistem ePangkat seawal yang mungkin bagi mengelakkan gangguan Sistem ePangkat pada saat akhir. Pihak sekolah juga dinasihatkan untuk memastikan calon mengisi Borang KC yang betul mengikut kategori yang telah ditetapkan dalam Kaedah TBBK. 
4. Sebarang keterangan lanjut boleh hubungi En.Mohd Azra Bin Abdul Aziz/ Cik Norsafinaz Binti Mohd Yunus di talian 07-3881210.

Sekian terima kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...