SEJARAH
SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya (3), Johor
Bahru telah dibuka dengan rasminya pada 4 Disember 1999 oleh Yang Berusaha Drs.
Aziz Bin Sidek,Penyelia Pendidikan Daerah Johor Bahru,
Majlis tersebut diadakan di
Dewan Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya (3), yang dihadiri oleh semua ibu
bapa murid yang mula mendaftarkan anak masuk ke sekolah ini. Murid-murid yang
belajar di sekolah ini adalah agihan dari Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya
2, Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya (1), dan juga murid-murid yang bertukar
masuk dari sekolah lain. Pada bulan bulan Disember 1999, Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah melantik Encik Mohd.Samudin bin Johari sebagai Guru Besar sekolah ini. Pada waktu sekolah ini dibuka, guru di sekolah ini adalah seramai 21 orang manakala jumlah murid seramai 412 orang.
Struktur bangunan sekolah ini adalah terdiri daripada tiga blok bangunan 4 tingkat (Blok Pentadbiran, Blok Akademik dan Blok Teknologi), sebuah kantin, dan sebuah padang permainan. Bangunan ini dilengkapi dengan 18 buah bilik darjah, Bilik Guru, Bilik Mesyuarat, Bilik Perkembangan Staf, Bilik Kemahiran Hidup, Makmal Sains, Bilik Muzik, Bilik Rawatan, Bilik Kokurikulum, Bilik Alat Bantuan Mengajar, Bilik Tayang, Bilik Perpustakaan, Bilik Sembahyang, Bilik Wuduk, Bilik SPBT, Bilik Pra Sekolah, dan Bilik Koperasi.
No comments:
Post a Comment