Wednesday, 31 October 2012
Wednesday, 24 October 2012
Monday, 22 October 2012
PERLAKSANAAN INSTRUMEN PENGESANAN MURID BERMASALAH IPMBDP DAN ISD KOHORT 2 DAN 3 TAHUN 2012
oleh : En. Karman Amin Bin Abdullah, FasiLINUS
pada 22 Oct 2012 |
Dengan
segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan surat Jabatan Pelajaran
Negeri Johor (JPNJ) bil. JPNJ.PEM(47)/600-8/2/2(49) bertarikh 16 Oktober 2012.
2.
Sukacita dimaklumkan Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang telah diarahkan
untuk memaklumkan kepada pihak sekolah dan guru besar agar dapat menjalankan
pelaksanaan IPMBDP dan ISD ini. Rumusan data untuk kedua-dua instrumen ini
perlu dihantar oleh setiap sekolah melalui email pemulihanppdpg@gmail.com selewatnya 25 Oktober 2012.
3.
Bersama-sama ini disertakan surat makluman dan borang yang berkaitan.
4.
Komitmen dan kerjasama yang diberikan amat dihargai. Sebarang pertanyaan
sila hubungi En Baharudin
Ishak ditalian 0192359918.
Lampiran Fail
![]() |
|
![]() |
Tindakan : GURU BESAR/GPK KURIKULUM/PEMULIHAN
MAKLUMAT DATA MURID TAHUN 6 (PEMULIHAN KHAS) KE TINGKATAN 1
oleh : En. Karman Amin Bin Abdullah, FasiLINUS
pada 22 Oct 2012 |
Dengan
segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2.
Sukacita dimaklumkan PPD Pasir Gudang dipertanggungjawapkan mengumpul maklumat
berkenaan. Tapak data yang perlu diisi boleh dimuat turun halaman web PPD Pasir Gudang.
Rumusan data tersebut perlu dihantar melalui email ke pemulihanppdpg@gmail.com selewatnya 30 Oktober 2012. Setiap email yang dihantar hendaklah
ditulis kod sekolah dan nama sekolah.
3.
Sebarang pertanyaan sila hubungi En Baharudin Ishak PPD Bahasa di talian
019-2359918. Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai.
4.
Sekian terima kasih
Lampiran Fail
![]() |
|
![]() |
DATA MURID YANG TIDAK MENGUASAI ASAS 3M(P1NCH) BIL.3/2012
oleh : En. Karman Amin Bin Abdullah, FasiLINUS
pada 22 Oct 2012 |
Dengan
segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2.
Merujuk surat JPNJ.PEM(47)/600-8/2/1(36) Unit Pemulihan Khas sedang
mengemaskini data murid yang tidak menguasai asas 3M di sekolah rendah dan
menengah negeri johor. Oleh yang demikian, PPD Pasir Gudang telah
dipertanggungjawap untuk mengumpul maklumat berkenaan.
3. Bagi
tujuan untuk mengesan murid yang tidak menguasai asas 3M(P1NCH) sekolah sekolah
hendaklah menggunakan IPP2M/IKAM bagi sekolah rendah untuk murid tahun 4,5 dan
6 sahaja. Manakala bagi sekolah menengah II2M/IKAM untuk kelas peralihan
sehingga ke tingkatan 5 yang telah dibekalkan. Data bagi tahun 4,5 dan 6 adalah
bukan diperolehi data PROTIM.
4. Borang Maklumat Murid Tidak Menguasai Asas 3M dan Rumusan
Murid Yang Tidak Asas 3M yang perlu di isi boleh dimuat turun halaman Web PPD
Pasir Gudang atau laman web JPN Johor www.moe.gov.my/jpnjohor. Borang berkenaan
hendaklah dihantar selewatnya 25 Oktober 2012
dan emailkan ke pemulihanppdpg@gmail.com.
5. Sebarang pertanyaan sila hubungi En Baharudin Ishak PPD Bahasa di talian 019-2359918.
6.
Sekian terima kasih
Lampiran Fail
![]() |
|
![]() |
|
![]() |
Saturday, 20 October 2012
MAKLUMAN PENGISIAN DATA SARINGAN 3(TAHUN 1), SARINGAN 6(TAHUN 2) DAN SARINGAN (TAHUN 3) BAGI PROGRAM LINUS 2012
oleh : En. Nai`m Bin Ibrahim, FasiLINUS
pada 19 Oct 2012 |
Tuan,
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Bersama-sama
ini juga dimaklumkan tarikh pengisian data Saringan 3, Saringan 6 dan Saringan
9, 2012 seperti butiran di bawah:
Saringan
|
Kemasukan Data ( Portal )
|
Saringan 3,6 Dan Saringan 9
|
22 Okt 2012 hingga 26 Okt 2012
|
3 Sehubungan dengan itu, SEMUA sekolah
perlu mengisi data saringan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
4. Pihak sekolah perlu menghantar satu
salinan hard copy borang rumusan berdasarkan
portal NKRA, borang rumusan sekolah, analisis SWOT dan program-program yang
telah dan akan dijalankan sepanjang tahun selewat-lewatnya 6 November 2012.
5. Sebarang pertanyaan sila hubungi En.
Karman Amin bin Abdullah, Pegawai
FasiLINUS di talian 013-9836424 atau En. Nai’m bin Ibrahim, Pegawai FasiLINUS di
talian 012-2967041 atau 07-3881210 ext 304. Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai.
Sekian, terima kasih
Tindakan : Guru Besar/GPK Kurikulum/Penyelia Petang/Penyelaras Linus
PENTING : Edaran jadual verifikasi SPSK SR 2012
oleh : En. Hussin Bin Hamidon, Penolong
PPD Pengurusan Kualiti
pada 19 Oct 2012 |
MAKLUMAN :
Berikut
dimuat naik jadual verifikasi SPSK bagi semua sekolah rendah daerah Pasir
Gudang yang terlibat. Jadual yang diberi boleh diubah suai mengikut kesesuaian
masa Ketua Verifikator dan kumpulan verifikatornya. Sebarang perubahan tarikh
atau masa hendaklah dimaklumkan kepada Pen. PPD Pengurusan Kualiti dan Guru
Besar sekolah yang hendak diverifikasi.
Ketua dan
KumpulanVerifikator boleh membuat verifikasi ke atas sekolah yang ditetapkan
walaupun ketiadaan Pengurus Kualiti di lokasi. Pengurus Kualiti yang tiada
(dengan kenyataan) atas urusan penting perlu menurunkan kuasa kepada GPK
Pentadbiran semasa proses verifikasi kelak.
Sebarang
permasalahan atau kesulitan, sila hubungi Unit Pengurusan Kualiti dan Inovasi
PPD Pasri Gudang di talian 07-388 1210 sambungan 212.
"KERJA SEPASUKAN MERAIH
KEGEMILANGAN"
Monday, 15 October 2012
PENGHANTARAN BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI TAHUN 2012
oleh : Cik Noryati Binti Samid, Pembantu
Tadbir (P/O) Keurusetiaan
pada 15 Oct 2012 |
Pengetua
/ Guru Besar,
Sekolah
Menengah / Rendah / SJKC / SJKT
Daerah
Pasir Gudang.
Tuan,
PENGHANTARAN
BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI TAHUN 2012
Dengan
hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2.
Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan/puan untuk menghantar Borang laporan Penilaian Prestasi Tahunan 2012 dan
kedudukan Guru / Staf Sokongan berdasarkan tahun semasa ( Lampiran A)
serta Format Tambahan LNPT sebelum atau pada 24hb Oktober 2012. Penghantaran
terus melalui Cik Noryati binti Samid, Unit Perkhidmatan, Pejabat Pelajaran
Daerah Pasir Gudang.
3.
Berikut adalah senarai Laporan Penilaian prestasi tahunan 2012 yang perlu
dihantar :-
(SEKOLAH
MENENGAH)
3.1 Pengetua-Pengetua Sekolah menengah Gred DG54 dan ke bawah
3.2 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG52 dan ke atas
'Time-Based' serta Tingkatan 6 di Sekolah-sekolah Menengah.
3.3 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG48 dan ke atas
'Time-Based' serta Tingkatan 6 di Sekolah-sekolah Menengah
3.4 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG48 dan ke atas
(Guru Cemerlang) di Sekolah-sekolah Menengah.
3.5 Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan Siswazah Gred DG44 ( Guru-Guru Penolong Kanan / Penolong Kanan
Tingkatan 6 ) di Sekolah-sekolah menengah (
yang berjawatan sahaja ).
(SEKOLAH
RENDAH)
3.6 Guru Besar Sekolah Rendah Gred DG44 / DG41 / DGA38 / DGA34 /
DGA32
3.7 Guru-Guru Penolong
Kanan Jawatan Hakiki Gred DGA32 / Memangku (
yang berjawatan sahaja ).
3.8 Guru Cemerlang Gred DG48
4.
Untuk makluman pihak sekolah format (Presmark) yang sedia ada di sekolah dan
masih mengikut pekeliling yang berkuatkuasa sekarang. Sebarang pertanyaan
berhubung perkara ini boleh menghubungi Cik Noryati binti Samid di talian
07-3881210 sambungan 302.
Kerjasama
dan perhatian pihak tuan / puan amat dihargai. Sekian, terima kasih.
Sila
muatturun maklumat Lampiran A , Susunan Pegawai yang dinilai dan Format
Tambahan LNPT.
Lampiran Fail
![]() |
|
![]() |
|
![]() |
Wednesday, 10 October 2012
BAHAN KURSUS KSSR DAN PBS MATEMATIK TAHUN 3 2012
oleh : En. Mohammed Yusoff Bin Zainal Abidin, Penolong PPD Sains & Matematik (Ren)
pada 10 Oct 2012 |
Perkara
di atas adalah dirujuk.
2. Mohon pihak sekolah untuk memuat turun
bahan KSSR dan PBS Matematik dan dibawa bersama oleh peserta kursus KSSR dan
PBS Matematik sekolah tuan yang akan dilaksanakan pada 17 Oktober 2012 hingga 20 Oktober 2012 di SK Taman Desa Jaya.
3. Bahan-bahan yang diedarkan semasa kursus
hendaklah dimasukkan ke dalam fail panitia Matematik.
4. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Mohammed Yusoff Bin Zainal Abidin ditalian 0127486028.
Sekian terima kasih.
Lampiran Fail
![]() |
|
![]() |
|
![]() |
|
![]() |
|
![]() |
|
![]() |
|
![]() |
|
![]() |
Subscribe to:
Posts (Atom)