oleh : Cik Noryati Binti Samid, Pembantu
Tadbir (P/O) Keurusetiaan
pada 15 Oct 2012 |
Pengetua
/ Guru Besar,
Sekolah
Menengah / Rendah / SJKC / SJKT
Daerah
Pasir Gudang.
Tuan,
PENGHANTARAN
BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI TAHUN 2012
Dengan
hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2.
Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan/puan untuk menghantar Borang laporan Penilaian Prestasi Tahunan 2012 dan
kedudukan Guru / Staf Sokongan berdasarkan tahun semasa ( Lampiran A)
serta Format Tambahan LNPT sebelum atau pada 24hb Oktober 2012. Penghantaran
terus melalui Cik Noryati binti Samid, Unit Perkhidmatan, Pejabat Pelajaran
Daerah Pasir Gudang.
3.
Berikut adalah senarai Laporan Penilaian prestasi tahunan 2012 yang perlu
dihantar :-
(SEKOLAH
MENENGAH)
3.1 Pengetua-Pengetua Sekolah menengah Gred DG54 dan ke bawah
3.2 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG52 dan ke atas
'Time-Based' serta Tingkatan 6 di Sekolah-sekolah Menengah.
3.3 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG48 dan ke atas
'Time-Based' serta Tingkatan 6 di Sekolah-sekolah Menengah
3.4 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG48 dan ke atas
(Guru Cemerlang) di Sekolah-sekolah Menengah.
3.5 Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan Siswazah Gred DG44 ( Guru-Guru Penolong Kanan / Penolong Kanan
Tingkatan 6 ) di Sekolah-sekolah menengah (
yang berjawatan sahaja ).
(SEKOLAH
RENDAH)
3.6 Guru Besar Sekolah Rendah Gred DG44 / DG41 / DGA38 / DGA34 /
DGA32
3.7 Guru-Guru Penolong
Kanan Jawatan Hakiki Gred DGA32 / Memangku (
yang berjawatan sahaja ).
3.8 Guru Cemerlang Gred DG48
4.
Untuk makluman pihak sekolah format (Presmark) yang sedia ada di sekolah dan
masih mengikut pekeliling yang berkuatkuasa sekarang. Sebarang pertanyaan
berhubung perkara ini boleh menghubungi Cik Noryati binti Samid di talian
07-3881210 sambungan 302.
Kerjasama
dan perhatian pihak tuan / puan amat dihargai. Sekian, terima kasih.
Sila
muatturun maklumat Lampiran A , Susunan Pegawai yang dinilai dan Format
Tambahan LNPT.
Lampiran Fail
![]() |
|
![]() |
|
![]() |
No comments:
Post a Comment