Bagi pihak pentadbir,diucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru yang bertungkus-lumus melengkapkan segala dokumen,Pn. Goh Joon Far,GPK Hem, lebih-lebih kepada Penyelaras SPSK, Pn.Rusida bt. Hanafi dan lebih membanggakan lagi ialah dengan keterlibatan Pn.Norliza bt. Hashim,Guru Besar yang turut sama membantu menyiapkan segala keperluan bahan dan sebagainya.
Pemverifikator telah menjamu dengan sedikit sarapan pagi,selain itu memberi sedikit taklimat kepada guru-guru yang terlibat.GPK Pentadbiran,En.Sahak bin Mohd.Don telah menyampaikan ucapan alu-aluannya. Beliau telah menyampaikan salam takzim dari pihak Guru Besar kerana tidak dapat hadir pada pagi itu.
Verifikasi yang diberikan kepada Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya 3 ialah 96.6% , Walaupun ada item yang dinlai tidak begitu memuaskan hati para guru,tetapi kami pada akhirnya menerima dengan hati terbuka.Pihak sekolah ucapkan terima kasih kepada pemverivikator dan segala pandangan dan cadangan akan cuba kami perbaiki.
No comments:
Post a Comment