oleh : En. Mohd Faizulnizam Bin Yaser, Pembantu Tadbir (P/O) pada 13 Feb 2013 |
Dengan
hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan
bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia sedang membuat Urusan Kenaikan
Pangkat bagi Pengetua dan Penolong Kanan yang memangku
mulai 01 Januari 2012 akan mula dibuka pada 13 Februari 2013 untuk
tindakan Ketua Jabatan. Hanya maklumat Pengetua dan Penolong Kanan yang lengkap
dan betul sahaja boleh diperakukan oleh Ketua Jabatan. Tarikh tutup bagi setiap
peringkat Ketua Jabatan adalah seperti berikut :
i. Pengetua dan Penolong Kanan di bawah
Pentadbiran Jabatan Pelajaran Negeri
No
|
Jawatan
|
Ketua Jabatan
|
Tarikh
Tutup Secara Atas Talian
|
Tarikh Tutup Bagi
JPN Peraku ke BPSM
|
1
|
Pengetua
|
PPD
|
28 Februari 2013
|
10 Mac 2013
|
2
|
Penolong Kanan
|
Pengetua
|
28 Februari 2013
|
ii. Pengetua dan Penolong Kanan Di Bawah Pentadbiran
Bahagian.
No
|
Jawatan
|
Ketua Jabatan
|
Tarikh Tutup
Secara Atas Talian
|
Tarikh Tutup
Bagi JPN Peraku ke BPSM
|
1
|
Pengetua
|
Bahagian
|
10 Mac 2013
|
10 Mac 2013
|
2
|
Penolong Kanan
|
Pengetua
|
28 Februari 2013
|
3. Sehubungan itu, Ketua Jabatan (Pengetua) yang telah memperakukan kenaikan pangkat Penolong Kanan pada iklan kenaikan pangkat yang disiarkan pada Disember 2012, iklan ini tidak perlu diambil tindakan.
4. Oleh itu, diingatkan bahawa urusan Kenaikan Pangkat Pengetua dan Penolong Kanan ini akan menggunakan Sistem ePangkat sepenuhnya dan perakuan kenaikan pangkat yang diterima secara luar talian tidak akan dipertimbangkan. Bersama-sama ini disertakan langkah-langkah perakuan kenaikan pangkat bagi Pengetua dan Penolong Kanan yang memangku mulai 01 Januari 2012. Sekian untuk makluman dan tindakan tuan / puan selanjutnya.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment