Sunday, 24 February 2013

Dokumen Standard Prestasi (DSP) Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah 2013.

oleh : En. Norazrin Bin Zahari, Penolong PPD Pentaksiran Berasaskan Sekolah 
pada 22 Feb 2013


Pengetua & Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Daerah Pasir Gudang.

Tuan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.      Sehubungan dengan itu diminta pihak sekolah memaklumkan kepada semua guru-guru  yang terlibat supaya menyemak semula Dokumen Standard Prestasi (DSP) yang ada di laman web Lembaga Peperiksaan.

3.      Sekiranya terdapat perubahan yang ketara, sila muat turun DSP yang baru untuk penggunaan Tahun 1,2,3 dan Tingkatan 1 & 2 Tahun 2013.

         Sebarang pertanyaan , sila hubungi En. Norazrin bin Zahari Pen. PPD PBS ditalian 019-7346971.
Sekian, harap maklum dan terima kasih.

Tindakan : Pengetua & Guru Besar, Seklah-Sekolah Daerah Pasir Gudang.

SEGERA : PENGEMASKINIAN ePROFILE GURU MENGIKUT SEKOLAH

oleh : En. Hussin Bin Hamidon, Penolong PPD Pengurusan Kualiti 
pada 22 Feb 2013


           
                                                                           No. Rujukan       : JPA1006.SM/100-8/1/1(   )
                                                                           Tarikh               : 22 Februari 2013
Pengetua / Guru Besar dan
Setiausaha LDP
Sekolah-sekolah Daerah Pasir Gudang.
Tuan,
PENGEMASKINIAN e-PROFIL GURU MENGIKUT SEKOLAH
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2.            Untuk makluman, pihak sekolah diminta untuk melengkapkan e-PROFIL di laman web e-SPLG dengan kadar segera sebelum 28 Februari 2013 (Khamis) jam 4.00 Petang.
3.            Justeru, di sini saya sertakan nama-nama sekolah yang belum melengkapkan maklumat yang dikehendaki seperti di yang dilampirkan.
Segala kerjasama yang diberikan, pihak kami sangat menghargainya dan merakamkan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian untuk makluman dan tindakan.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"KERJA SEPASUKAN MERAIH KEGEMILANGAN"
"1 HATI KE ARAH 1 MATLAMAT"

                                                                             


Lampiran Fail

http://ppdpgudang.edu.my/images/document-excel.png


Tindakan : PENGETUA / GURU BESAR DAN SU LDP

Wednesday, 20 February 2013

PELAKSANAAN UJIAN 1 SEKOLAH RENDAH 2013

oleh : En. Adnan Bin Ismail, Penolong PPD Peperiksaan Dalaman 
pada 20 Feb 2013


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sehubungan dengan takwim yang telah dikeluarkan oleh pihak Bahqagian Pengurusan Sekolah Harian, sekolah rendah diminta untuk melaksanakan Ujian 1 atau Ujian Awal Tahun pada tarikh yang telah ditetapkan iaitu;

Ujian 1/ Ujian Awal Tahun : 12 - 14hb Mac 2013.

Pengurusan jadual waktu adalah ditetapkan oleh pihak sekolah sendiri. Pihak sekolah diminta untuk berhubung terus dengan pihak Unit Akademik ( En Ahmad Bin Ali : Ketua Unit Akademik) berkaitan dengan pengurusan soalan.

Harap maklum.

MESYUARAT PANITIA PJ DAN PK PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG KALI 1/2013

oleh : Pn. Kamisah Binti Malik, Pembantu Tadbir (P/O) 
pada 20 Feb 2013


MESYUARAT AKAN DIADAKAN MENGIKUT KETETAPAN BERIKUT:

               TARIKH  :  20.02.2013
               MASA     :  1.30 PETANG - 5.00 PETANG (MAKAN T/HARI DISEDIAKAN)
               TEMPAT  :  SK SERI KOTA PUTERI

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI ENCIK ZOOL HILMAN DI TALIAN 019-7881705 ATAU CIK NORAZAH BINTI ABU BAKAR DI TALIAN  014-8613608.  SEKIAN TERIMA KASIH.

Tindakan : GURU BESAR/KP PJ DAN KESIHATAN/GC

Friday, 15 February 2013

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING DAERAH PASIR GUDANG 2013


oleh : En. Husnizar Bin Ahmad,
 Penolong PPD Bimbingan Kaunseling & Kerjaya 
pada 15 Feb 2013



Kepada,

Pengetua dan Guru Besar,
SMK/SMKA/SABK/SK/SJK,
Daerah Pasir Gudang

Tuan,

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING DAERAH PASIR GUDANG 2013

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Sehubungan dengan itu, tuan diminta untuk mengarahkan seorang Guru Bimbingan dan Kaunselingsekolah tuan hadir ke program tersebut seperti ketentuan berikut :

Tarikh                         : 20 dan 21 Februari 2012 (Rabu dan Khamis)
Tempat                      : SMK Taman Desa Jaya
Masa Pendaftaran     : 7.00 pagi hingga 7.30 pagi
           
3.         Kehadiran Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah tuan adalah diwajibkan. Makan dan minum disediakan sepanjang program oleh pihak penganjur. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Husnizar Bin Ahmad (Penolong PPD Bimbingan Kaunseling & Kerjaya Murid) di talian 019-7285121. Kerjasama pihak tuan amat kami hargai.


Sekian, terima kasih.

Thursday, 14 February 2013

URUSAN KENAIKAN PANGKAT PENGETUA DAN PENOLONG KANAN YANG MEMANGKU MULAI JANUARI 2012


oleh : En. Mohd Faizulnizam Bin Yaser,
 Pembantu Tadbir (P/O) 
pada 13 Feb 2013


Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.       Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia sedang membuat Urusan Kenaikan Pangkat bagi Pengetua dan Penolong Kanan yang memangku mulai 01 Januari 2012 akan mula dibuka pada 13 Februari 2013 untuk tindakan Ketua Jabatan. Hanya maklumat Pengetua dan Penolong Kanan yang lengkap dan betul sahaja boleh diperakukan oleh Ketua Jabatan. Tarikh tutup bagi setiap peringkat Ketua Jabatan adalah seperti berikut :

i. Pengetua dan Penolong Kanan di bawah Pentadbiran Jabatan Pelajaran Negeri
No
Jawatan
Ketua Jabatan
  Tarikh Tutup  Secara Atas Talian
 Tarikh Tutup Bagi JPN Peraku ke BPSM
1
Pengetua
PPD
28 Februari 2013
10 Mac 2013
2
Penolong Kanan
Pengetua
28 Februari 2013
 ii. Pengetua dan Penolong Kanan Di Bawah Pentadbiran Bahagian.
No
Jawatan
 Ketua Jabatan
  Tarikh Tutup Secara Atas Talian
  Tarikh Tutup Bagi JPN Peraku ke BPSM
1
Pengetua
Bahagian
10 Mac 2013
10 Mac 2013
2
Penolong Kanan
Pengetua
28 Februari 2013

3.       Sehubungan itu, Ketua Jabatan (Pengetua) yang telah memperakukan kenaikan pangkat Penolong Kanan pada iklan kenaikan pangkat yang disiarkan pada Disember 2012, iklan ini tidak perlu diambil tindakan.

4.       Oleh itu, diingatkan bahawa urusan Kenaikan Pangkat Pengetua dan Penolong Kanan ini akan menggunakan
 Sistem ePangkat sepenuhnya dan perakuan kenaikan pangkat yang diterima secara luar talian tidak akan dipertimbangkan. Bersama-sama ini disertakan langkah-langkah perakuan kenaikan pangkat bagi Pengetua dan Penolong Kanan yang memangku mulai 01 Januari 2012. Sekian untuk makluman dan tindakan tuan / puan selanjutnya.
Terima kasih.

Wednesday, 9 January 2013

TAKLIMAT PENYELARASAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) TAHUN 2013.

TAKLIMAT PENYELARASAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) TAHUN 2013 BAGI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH.
oleh : En. Norazrin Bin Zahari,
 Penolong PPD Pentaksiran Berasaskan Sekolah 
pada 09 Jan 2013




Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Rendah ,
Daerah Pasir Gudang.
(U.P: Penyelaras PBS Tahun 1 ,2 & 3)


Tuan,

TAKLIMAT PENYELARASAN  PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) TAHUN 2013.

Dengan segala hormatnya perkara yang tersebut di atas adalah dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa taklimat tersebut  akan dijalankan mengikut butiran berikut:

            2.1       Tarikh             :           16 Januari 2013 (Rabu)
            2.2       Masa               :           2.00 ptg – 5.00 ptg
            2.3       Tempat           :           Bilik Seminar,
                                                            SK. Seri Kota Puteri 4.

3.         Sehubungan itu, tuan diminta membenarkan menghantar seorang penyelaras PBS Tahun 1,2 &3 untuk hadir ke taklimat tersebut.

4.         Sila hantar bersama Minit Mesyuarat PBS kali pertama  Bil1/2013 dan Pelan Operasi PBS Tahun 2013 Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Norazrin bin Zahari, Pen. PPD PBS di talian 019-7346971.

Sekian, Terima kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...