Saturday, 23 November 2013

SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI (SPSK)

Sekolah Kebangsaan Tamn Johor Jaya 3 telah dinilai oleh verifikator pada hari Isnin,11 November 2013.Pada amnya kami telah bersedia menerima kunjungan pemverifikator.Walaupun masih ada lagi perkara yang perlu disiapkan.
                   Bagi pihak pentadbir,diucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru yang bertungkus-lumus melengkapkan segala dokumen,Pn. Goh Joon Far,GPK Hem, lebih-lebih kepada Penyelaras SPSK,  Pn.Rusida bt. Hanafi dan lebih membanggakan lagi ialah dengan keterlibatan Pn.Norliza bt. Hashim,Guru Besar yang turut sama membantu menyiapkan segala keperluan bahan dan sebagainya.

                  Pemverifikator telah menjamu dengan sedikit sarapan pagi,selain itu memberi sedikit taklimat kepada guru-guru yang terlibat.GPK Pentadbiran,En.Sahak bin Mohd.Don telah menyampaikan ucapan alu-aluannya. Beliau telah menyampaikan salam takzim dari pihak Guru Besar kerana tidak dapat hadir pada pagi itu.

                  Verifikasi yang diberikan kepada Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya 3 ialah  96.6% , Walaupun ada item yang dinlai tidak begitu memuaskan hati para guru,tetapi kami pada akhirnya menerima dengan hati terbuka.Pihak sekolah ucapkan terima kasih kepada pemverivikator dan segala pandangan dan cadangan akan cuba kami perbaiki.







Friday, 22 November 2013

TAHNIAH KEPADA MURID-MURID SK TAMAN JOHOR JAYA 3 : KEPUTUSAN UPSR 2013 MEMBANGGAKAN

Keputusan UPSR  SK Taman Johor Jaya 3  tahun 2013 sangat membanggakan guru-guru dan ibu bapa kerana telah mencapai keputusan yang cemerlang. Seramai 6 orang daripada 68 calon telah mencapai 5A berbanding dengan tahun 2012 hanya seramai 3 orang. Apa yang membanggakan ialah semua peratusan mata pelajaran meningkat dan seterusnya peratus keseluruhan turut meningkat dari 82.1% kepada 82.35 %.
         
        Calon-calon yang berjaya menperoleh 5A ialahJoseph Vasigaran A/L Manor Graee,Muhammad Amin Syahmi bin Mahamud,Muhammad Izuan bin Nasib,Naily Qaisah binti Nazli,Norhikmah binti Rudi dan Nursabreena Izyani binti Mansoor. Manakala seorang calon mendapat 4A1B iaitu Noraida binti Nordin.

Bergambar bersama Guru Besar Pn.Norliza bt.Hashim, 
GPK Pentadbiran En.Sahak bin Mohd.Don,Cikgu Azhar bin Salleh dan
 ibu bapa pelajar, Tahniah !



Monday, 23 September 2013

PENGAMBILAN CD SARINGAN 2 LITERASI DAN NUMERASI BERTULIS 2013


oleh : Pn. Rokiah binti Mohd Yunos,
 Pembantu Am Pejabat 
pada 23 Sep 2013

PERKARA DI ATAS ADALAH DIRUJUK.
2. SEHUBUNGAN DENGAN ITU, TUAN ATAU WAKIL DIMINTA HADIR UNTUK MENGAMBIL CD TERSEBUT DI UNIT AKADEMIK PADA KETETAPAN BERIKUT :
TARIKH : 24-25 SEPTEMBER 2013
MASA : 9.00 PAGI - 4.00 PETANG
TEMPAT : UNIT AKADEMIK
3. SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI EN. NAIM BIN IBRAHIM, PEGAWAI fasiLINUS DI TALIAN 012-2967041 ATAU PN. ZARINA BINTI ISMAIL, PEGAWAI fasiLINUS DI TALIAN 019-7967901.

SEKIAN TERIMA KASIH. 

KURSUS KSSR BI SK & BI SJK TAHUN 4 2014 DAERAH PASIR GUDANG

oleh : En. Kumaran A/L Apala Naidu, Penolong PPD BI (Ren) 
pada 23 Sep 2013


Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk
2. Sukacita dimaklumkan kursus tersebut diatas akan dilaksanakan mengikut ketetapan berikut:
    Tarikh : 2 Oktober hingga 5 Oktober 2013
      Masa : 7.30AM - 4.30 PM
      Tempat : SK Taman Megah Ria
3. Pihak sekolah diminta mengarahkan seorang guru BI Tahun 4 2014 untuk menghadiri kursus tersebut. Disertakan surat panggilan kursus, Jadual kursus, Borang Tuntutan Perjalanan dan Dokumen Standard Kurikulum Prestasi (DSKP) yang perlu dicetak sendiri. Perserta juga perlu muat turun Sistem LP yang dilampirkan.
4. Disertakan juga surat panggilan untuk jurulatih utama dan urusetia yang terlibat dengan kursus ini. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Kumaran A/L Apala Naidu Penolong PPD BI (Ren) di talian 016-7758284.

Sekian terima kasih

SEGERA : PERMOHONAN CUTI GANTI SEMPERNA HARI RAYA AIDILADHA

oleh : Pn. Fazlin Azzila Bt Omar, Pembantu Tadbir (P/O) 
pada 23 Sep 2013

UNTUK MAKLUMAN, SEMUA SEKOLAH RENDAH ( SK,SJKC,SJKT)  WAJIB MEMOHON CUTI GANTI SEMPERNA HARI RAYA AIDILADAHA ( 14 OKTOBER 2013 ) YANG AKAN DIGANTI PADA 28 SEPTEMBER 2013( SABTU ).
PERMOHONAN HENDAKLAH DIHANTAR TERUS KE UNIT RENDAH SELEWAT-LEWATNYA 26 SEPTEMBER 2013 ( KHAMIS). SEBARANG PERTANYAAN SILA BERHUBUNG TERUS DENGAN EN.MOHAMMAD SAMUDIN BIN JOHARI, PENOLONG PEGAWAI PELAJARAN DAERAH ( RENDAH ).

SEKIAN,UNTUK MAKLUMAN DAN TIDAKAN TUAN/PUAN.

Friday, 20 September 2013

DATA KEPERLUAN GURU SEKOLAH RENDAH SEPTEMBER 2013

oleh : Tn. Hj. Mohamad Shar Bin Jasman, Penyelia Kanan Sekolah Rendah 
pada 20 Sep 2013

Salam sejahtera
Tn/Pn Guru Besar Sekolah Rendah.

Bersama ini disertakan borang Data Keperluan Guru September 2013 untuk tindakan Tn / Pn selanjutnya.
Mohon berikan maklumat yang tepat dan hantar borang tersebut terus ke Unit Rendah pada 23 September 2013.

Terima kasih.

KURSUS PEMANTAPAN POSe-J GURU BESAR DAERAH PASIR GUDANG


oleh : Pn. Fazlin Azzila Bt Omar,
 Pembantu Tadbir (P/O) 
pada 20 Sep 2013


Perkara diatas adalah dirujuk.
2.  Untuk makluman tuan/puan kursus tersebut akan diadakan pada :
                     Tarikh    : 2-4 Oktober 2013 ( Rabu - Jumaat )
                            Masa     : 8.30 pagi ( berkumpul di PPD pada 2 /10/13 )
                                   ( Pengangkutan disediakan, Jika menaiki kederaan sendiri sila   
                                    maklumkan kepada pihak urusetia )
                     Tempat  : King Hotel, Melaka
3.  Sekian, untuk makluman dan tidakan tuan/puan.
Terima kasih.

*** JADUAL KURSUS AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN***

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...