oleh : En. Rohaizad Bin Mohd Hanafiah, Penolong
PPD Perhubungan
pada 25 Feb 2013 |
Ruj.
kami : JPA1006.PP/100-9/4/1 ( )
Tarikh : 21 Februari 2013
Semua Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Pasir Gudang
Tuan,
MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU-BAPA GURU (PIBG)
Dengan segala hormatnya Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4
Tahun 2004 pada perenggan 21 yang menjelaskan "Mesyuarat
Agung Tahunan hendaklah diadakan setiap tahun sebelum akhir bulan Mac" adalah
dirujuk.
2. Sehubungan itu, semua Pengetua dan Guru Besar selaku
Penasihat Persatuan Ibu Bapa-Guru (PIBG) dikehendaki untuk memaklumkan kepada
YDP PIBG supaya mengadakan
Mesyuarat Agung PIBG tahun ini sebelum 31 Mac 2013.
3. Sesalinan minit Mesyuarat
Agung beserta senarai lengkap Jawatankuasa PIBG dilantik hendaklah diserahkan
kepada Unit Perhubungan, PPD Pasir Gudang selepas Mesyuarat Agung diadakan.
4. Pihak sekolah hendaklah
mengemukakan keputusan berhubung sumbangan PIBG yang telah dipersetujui kepada
Pendaftar (Jabatan Pelajaran Johor) untuk kelulusan sebelum kutipan di buat.
Sekian,
terima kasih.
No comments:
Post a Comment