Friday 23 May 2014

BIDANG TUGAS GPK 1 / PENTADBIRAN / KURIKULUM


Guru Penolong Kanan 1 bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan.Dengan itu, Guru Penolong Kanan 1 bertanggungjawab bagi melicinkan pentadbiran, mempertingkatkan prestasi pengajaran guru serta pembelajaran murid dan menyediakan khidmat bantu secukupnya supaya matlamat Dasar Pendidikan tercapai.

               BIDANG TUGAS
         1.1  Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar.
            1.2  Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.
            1.3  Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam, hal kurikulum, pentadbiran dan pengurusan guru dan  
                   kaikitangan bukan guru.
            1.4  Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah termasuk  yang mempunyai
                   sidang petang.
            1.5  Membantu Guru Besar menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

               SENARAI TUGAS
            2.1  Kurikulum
                2.1.1  Menentukan pelaksanaan Kursus Pengajian.
                2.1.2  Menentukan Rancangan Pelajaran Harian, Mingguan, Penggal dan lain-lain.
                2.1.3  Mempastikan perjalanan Panitia-panitia mata pelajaran.
                2.1.4 Membantu di dalam pengurusan penyediaan peralatan teknologi pendidikan dan pusat sumber.
                2.1.5  Menentukan penggunaan dan penyenggaraan bahan-bahan sumber  pendidikan.
                2.1.6  Membantu serta membimbing dalam latihan mengajar bagi guru-guru pelatih, guru-guru yang baru
                          mengajar di dalam menjalankan tugas-tugas harian   mereka.
                2.1.7  Menentukan program TV dan Radio Pendidikan diikuti dengan sebaik-baiknya.
                2.1.8  Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum serta  mencadangkan tindakan susulan.
                2.1.9  Membantu dalam merancang dan menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan  ujian, peperiksaan dan
                          penilaian dan mencadang tindakan susulan.
            2.1.10 Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan  dan pemulihan.
                2.1.11 Menyelaras segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh Sekolah,Pejabat Pendidikan Daerah,
                          Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pelajaran.
                2.1.12 Membantu dalam penentuan bahan Pusat Sumber dan lain-lain buku bacaan serta kesesuaiannya.
                2.1.13 Menyusun Jadual Waktu Kelas dan Guru serta menyediakan Jadual Waktu Gantian.


                               

                2.2  Pentadbiran

                2.2.1  Membantu menentukan  tugas guru-guru dan kakitangan  bukan guru
                2.2.2  Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru dan kakitangan
                          bukan guru.
                2.2.3  Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data/maklumat dan perangkaan.
                2.2.4  Membantu merancang, menyelaras dan melaksanakan Takwim Sekolah.
                2.2.5  Membantu menyelia kerja-kerja kakitangan guru dan bukan guru.
                2.2.6  Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah.
                2.2.7  Membantu dan Menyelaras penyeliaan Penyata Kewang untuk urusan audit   tahunan.   
                2.2.8  Membantu dan Menyelaras semua jenis pungutan sekolah.
                2.2.9  Menjadi ahli Lembaga Tatatertib Sekolah.
                2.2.10 Menjadi penandatangan kedua cek-cek sekolah.
                2.2.11 Membantu dan Mengurus hal-hal bangunan, kawasan kemudahan fizikal dan  keceriaan.


                2.3  Kebersihan Dan Keindahan Sekolah
               
                2.3.1   Membantu PK Hem di dalam merancang dan menyelia program bagi  keindahan dan kebersihan
                           sekolah.


                2.4  Keselamatan

                2.4.1  Membantu PK HEM Merancang langkah-langkah keselamatan bersama dengan Guru Besar.
                2.4.2  Membantu PK HEM  Bersama-sama dengan Guru Besar merancang dan melaksanakan Latihan Mencegah
                          Kebakaran/ Latihan Kebakaran dan kegiatan- kegiatan  seumpamanya.


                2.5 Tugas-tugas Lain

                2.5.1   Menganggotai Jawatankuasa-Jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari masa ke
                           semasa.
2.5.2   Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Guru Besar dari  

          masa ke semasa.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...