Friday 23 May 2014

PERINGATAN : URUSAN KENAIKAN PANGKAT PPP MELALUI SISTEM ePANGKAT BAGI TAHUN 2014

oleh : Cik Norsafinaz Binti Mohd Yunus, Pembantu Tadbir (P/O)
pada 22 May 2014

PERINGATAN : URUSAN KENAIKAN PANGKAT PPP MELALUI SISTEM ePANGKAT BAGI TAHUN 2014
Tuan,
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Adalah diingatkan agar pihak sekolah mengambil maklum dan sentiasa peka dengan iklan-iklan yang dikeluarkan melalui Sistem ePagkat dalam masa ke semasa bagi mengelakkan berlakunya calon yang berkelayakan tercicir . 
3. Pihak sekolah boleh melayari Sistem ePangkat di pautan ini  http://apps2.moe.gov.my/epangkat/login.php untuk makluman iklan yang lebih lanjut. Pihak sekolah dinasihatkan agar mengemaskini maklumat calon-calon yang layak dan memperakukankan di dalam Sistem ePangkat seawal yang mungkin bagi mengelakkan gangguan Sistem ePangkat pada saat akhir. Pihak sekolah juga dinasihatkan untuk memastikan calon mengisi Borang KC yang betul mengikut kategori yang telah ditetapkan dalam Kaedah TBBK. 
4. Sebarang keterangan lanjut boleh hubungi En.Mohd Azra Bin Abdul Aziz/ Cik Norsafinaz Binti Mohd Yunus di talian 07-3881210.

Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...