oleh : En. Mohd Hafidz Bin Samsudin, Penyelia Teknologi &
Maklumat
pada 05 Mar 2013 |
PEMANTAUAN PERKHIDMATAN
INTERNET 1BESTARINET SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI JOHOR
Dengan
segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah
memulakan pelaksanaan Projek Perkhidmatan 1BestariNet di semua sekolah seluruh
Malaysia pada bulan Disember 2011 dan sasaran pemasangan untuk disempurnakan ke
semua sekolah ialah pada bulan Mac 2013. Projek ini adalah merupakan
perkhidmatan rangkaian akses internet “end to end” bagi tujuan
pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan dan pentadbiran bagi semua
sekolah.
3.
Susulan daripada Mesyuarat Profesional KPM yang telah dihadiri oleh Pengarah
Bahagian serta Pengarah JPN pada 17 Disember 2012, antara isu yang dibangkitkan
adalah status tahap perkhidmatan rangkaian 1BestariNet yang diperolehi oleh
sekolah. Antara aduan yang dibangkitkan adalah ketidakstabilan rangkaian
1BestariNet serta keenganan beberapa sekolah untuk melaporkan masalah rangkaian
1BestariNet kepada heldesk YTL Communication Sdn. Bhd. Sehubungan dengan itu,
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) telah diberi tanggungjawab untuk memantau
projek ini diperingkat Negeri dan menggangap perkara ini amat penting kerana ia
melibatkanService Level Agreement (SLA) yang perlu dipatuhi oleh
pihak kontraktor iaitu YTL Communication Sdn. Bhd.
3. Oleh
yang demikian, bagi mempertingkatkan tahap rangkaian 1Bestarinet pada tahun
2013, adalah disaran supaya semua Pejabat Pelajaran Daerah Negeri Johor dapat
memantau prestasi 1BestariNet di sekolah dan memberi laporan agar
sebarang masalah yang berlaku di sekolah dapat diselesaikan secara langsung
serta membantu pihak KPM memantau prestasiService Level Agreement (SLA)
oleh pihak kontraktor.
4.
Sehubungan dengan itu, mohon tuan/puan memantau dan memastikan Guru ICT atau
Penyelaras Bestari sekolah tuan memuat turun dan membuat tindakkan pada setiap
bulan seperti yang telah dinyatakan di lampiran . Sebarang
pertanyaan sila hubungi Pegawai ICT PPDPG , En Mohd Hafidz Bin Samsudin di
talian 0107007674 atau 0137636314.
JADUAL PENGHANTARAN LAPORAN SETIAP BULAN
BULAN
|
|
TARIKH WAJIB PENGHANTARAN LAPORAN
|
|
|
|
MAC
|
|
Sebelum atau pada 05-03-2013 -tindakkan segera
|
APRIL
|
|
Sebelum atau pada 19-04-2013
|
MAY
|
|
Sebelum atau pada 22-05-2013
|
JUN
|
|
Sebelum atau pada 19-06-2013
|
JULAI
|
|
Sebelum atau pada 22-07-2013
|
OGOS
|
|
Sebelum atau pada 21-08-2013
|
SEPTEMBER
|
|
Sebelum atau pada 19-09 2013
|
OKTOBER
|
|
Sebelum atau pada 22-10-2013
|
NOVEMBER
|
|
Sebelum atau pada 20-11-2013
|
DISEMBER
|
|
Sebelum atau pada 20-12-2013
|
Sekian
terima kasih.
No comments:
Post a Comment