oleh : En. Hussin Bin Hamidon, Penolong
PPD Pengurusan Kualiti
pada 28 Mar 2013 |
Salam,
Berikut
saya muat naik segala bahan yang telah mengalami perubahan untuk memperkemaskan
lagi pengisian maklumat dan melancarkan proses pelaksanaan PPTP pada tahun 2013
ini. Perubahan item mahupun formula ini dilaksanakan atas dasar terdapat
sekolah-sekolah baharu yang mungkin tidak berkaitan dalam item-item tertentu
tetapi masih dibahagikan dengan 3 tahun maka julat peratusan akan mengecil.
Maka maklumat yang diberikan tidak adil dan tidak tepat bagi menggambarkan
tahap sekolah mahupun pengetua dan guru besar.
Pihak
PPD PG dan urus setia daerah mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala
perkongsian permasalahan, komen, cadangan dan pandangan semua pihak dalam
memantapkan pelaksanaan PPTP dalam daerah Pasir Gudang. Semoga kelancaran dan
kemantapan ini akan terus berkekalan dan senantiasa diberkati atas setiap usaha
sama yang dilaksanakan.Segala kesulitan mahupun keterlewatan amat dikesali dan
mohon kemaafan.
Untuk makluman, segala Borang
SJQ1 dan Borang SJQ2 perlu diemelkan kepada
myhussin71@yahoo.com pada atau sebelum 08 April 2013 jam 4.30 petang. Sebarang
permasalahan atau kemusykilan sila hubungi urus setia daerah di talian 07-3881210 samb.212 (u.p :
En Hussin Bin Hamidon). Segala kerjasama dirakamkan jutaan terima kasih.
Sekian untuk makluman dan tindakan.