Isu-isu yang berkaitan dengan
kecemerlangan pelajar kerap menjadi paparan televisyen dan surat khabar. Hal
ini semakin hangat diperkatakan apabila keputusan peperiksaan dikeluarkan. Pada
pandangan saya, semua pelajar berusaha untuk menjadi pelajar cemerlang.
Beberapa perkara mesti dilakukan oleh seseorang pelajar itu jika dia mahu
menjadi pelajar yang cemerlang.
1.
Memiliki
Sikap Rajin
Antara
cara-cara menjadi pelajar cemerlang ialah pelajar mesti memiliki sikap rajin.
Pelajar mesti rajin membaca buku di sekolah dan juga di rumah. Pelajar juga
mesti rajin menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru dan mereka perlu
bertanya kepada guru jika mereka tidak faham tentang sesuatu perkara atau
topik. Apabila peperiksaan, pelajar mesti mengulang kaji pelajaran dengan lebih
bersungguh-sungguh lagi.
Selain
itu, pelajar juga mesti mempunyai disiplin diri yang tinggi. Pelajar mesti
menepati masa dan menggunakan masa yang ada dengan sebaik mungkin. Oleh itu,
sewajarnyalah pelajar mempunyai jadual belajar yang lengkap dan mereka mesti
mematuhi jadual belajar tersebut. Pada masa lapang pula pelajar mesti melakukan
aktiviti berfaedah seperti membaca bahan ilmiah dan melayari internet bagi
menambahkan lagi pengetahuan mereka.
3.
Menghormati Ibu Bapa Dan Guru
Jika
pelajar ingin cemerlang dalam pelajaran, pelajar mestilah sentiasa menghormati
ibu bapa dan guru-guru. Pelajar juga mesti mendengar nasihat ibu bapa dan
guru-guru. Pelajar mesti menerima teguran ibu bapa dan guru-guru dengan fikiran
yang terbuka dan positif. Pelajar juga mesti menyayangi ibu bapa dan guru-guru
agar pelajar juga akan sentiasa disayangi dan diberkati.
4.
Aktif Dalam Kokurikulum
Di
samping itu, pelajar juga mesti aktif dalam aktiviti kokurikulum. Terdapat
banyak faedah jika pelajar mengikuti aktiviti kokurikulum. Antara faedahnya
ialah pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum akan menjadi cergas dan mereka
juga dapat menambahkan pengetahuan serta pengalaman. Selain itu, terdapat
pengetahuan dalam bidang kokurikulum yang dapat membantu pelajar semasa
menjawab soalan peperiksaan.
5.
Menjaga Kesihatan Diri
Pelajar
yang cemerlang juga akan menjaga kesihatan diri. Sesungguhnya, kesihatan yang
baik membolehkan pelajar menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajar. Dengan
kesihatan yang baik juga, pelajar dapat mengulang kaji pelajaran dengan baik
terutama ketika menjelang peperiksaan. Semasa hari peperiksaan pula, pelajar
yang mempunyai kesihatan yang baik akan menjawab soalan-soalan peperiksaan
dengan baik.
No comments:
Post a Comment