Adalah dimaklumkan
bahawa jabatan ini mensasarkan agar semua guru dicerap sekurang-kurangnya
sekali dalam setahun. Pencerapan pengajaran dan pembelajaran juga perlu
disusuli dengan sesi perbincangan atau klinikal bagi memastikan pelaksanaan
kurikulum menepati standard yang ditetapkan. Perkara ini adalah terkandung
dalam SPI Bil. 3/1987 yang menjelaskan bahawa salah satu dari tugas Pengetua
dan Guru Besar adalah melaksanakan Penyeliaan Pengajaran-Pembelajaran di dalam
kelas. SPI tersebut juga adalah selaras dengan KPI Jabatan Pelajaran Johor
iaitu memastikan semua guru dipantau dan memperolehi skor Pemastian Standard
SKPM 2010 Standard 4 melebihi 80%.
Sehubungan itu,
kerjasama tuan/puan adalah dipohon untuk merancang dan melaksanakan pencerapan
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas kepada semua guru di sekolah
tuan/puan. Pencerapan P&P ini hendaklah menggunakan Instrumen SKPM 2010
Standard 4: Pembelajaran dan Pengajaran.
Data hendaklah
dimasukkan dalam sistem ADaPs selepas sahaja pencerapan. Data ini akan
dianalisis sebanyak 2 kali setahun iaitu;
· Pada akhir bulan Mei tahun semasa.
· Pada akhir bulan Oktober tahun semasa..
Mulai tahun 2012, data
dipungut menggunakan Aplikasi ADaPs secara atas talian. Sekolah memasukkan Kod
Sekolah dan Kata laluan = Kod Sekolah juga untuk login in. Untuk panduan sila
ke Muat Turun Fail dan menekan butang Manual Penggunaan ADaPP.
Jika ada sebarang kesulitan
sila hubungi penyelaras ADaPs PPD masing-masing
No comments:
Post a Comment