Monday 22 October 2012

DATA MURID YANG TIDAK MENGUASAI ASAS 3M(P1NCH) BIL.3/2012

oleh : En. Karman Amin Bin Abdullah, FasiLINUS 
pada 22 Oct 2012


Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Merujuk surat JPNJ.PEM(47)/600-8/2/1(36) Unit Pemulihan Khas sedang mengemaskini data murid yang tidak menguasai asas 3M di sekolah rendah dan menengah negeri johor. Oleh yang demikian, PPD Pasir Gudang telah dipertanggungjawap untuk mengumpul maklumat berkenaan.
3. Bagi tujuan untuk mengesan murid yang tidak menguasai asas 3M(P1NCH) sekolah sekolah hendaklah menggunakan IPP2M/IKAM bagi sekolah rendah untuk murid tahun 4,5 dan 6 sahaja. Manakala bagi sekolah menengah II2M/IKAM untuk kelas peralihan sehingga ke tingkatan 5 yang telah dibekalkan. Data bagi tahun 4,5 dan 6 adalah bukan diperolehi data PROTIM.
4. Borang Maklumat Murid Tidak Menguasai Asas 3M dan Rumusan Murid Yang Tidak Asas 3M yang perlu di isi boleh dimuat turun halaman Web PPD Pasir Gudang atau laman web JPN Johor www.moe.gov.my/jpnjohor. Borang berkenaan hendaklah dihantar selewatnya 25 Oktober 2012 dan emailkan ke pemulihanppdpg@gmail.com.
5. Sebarang pertanyaan sila hubungi En Baharudin Ishak PPD Bahasa di talian 019-2359918.
6. Sekian terima kasih


Lampiran Fail

http://ppdpgudang.edu.my/images/document-excel.png
http://ppdpgudang.edu.my/images/document-excel.png
http://ppdpgudang.edu.my/images/document-pdf.png

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...