Monday 15 October 2012

PENGHANTARAN BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI TAHUN 2012

oleh : Cik Noryati Binti Samid, Pembantu Tadbir (P/O) Keurusetiaan 
pada 15 Oct 2012


Pengetua / Guru Besar,
Sekolah Menengah / Rendah / SJKC / SJKT
Daerah Pasir Gudang.
 Tuan,
PENGHANTARAN BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI TAHUN 2012
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
 2. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan/puan untuk menghantar Borang laporan Penilaian Prestasi Tahunan 2012 dan kedudukan Guru / Staf Sokongan berdasarkan tahun semasa ( Lampiran A)  serta Format Tambahan LNPT sebelum atau pada 24hb Oktober 2012. Penghantaran terus melalui Cik Noryati binti Samid, Unit Perkhidmatan, Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang.
3.  Berikut adalah senarai Laporan Penilaian prestasi tahunan 2012 yang perlu dihantar :-
    (SEKOLAH MENENGAH)
     3.1   Pengetua-Pengetua Sekolah menengah Gred DG54 dan ke bawah
     3.2   Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG52 dan ke atas 'Time-Based' serta Tingkatan 6 di Sekolah-sekolah Menengah.
     3.3   Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG48 dan ke atas 'Time-Based' serta Tingkatan 6 di Sekolah-sekolah Menengah
     3.4   Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG48 dan ke atas (Guru Cemerlang) di Sekolah-sekolah Menengah.
     3.5   Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG44 ( Guru-Guru Penolong Kanan / Penolong Kanan Tingkatan 6 ) di Sekolah-sekolah menengah ( yang berjawatan sahaja ).

    (SEKOLAH RENDAH)
     3.6   Guru Besar Sekolah Rendah Gred DG44 / DG41 / DGA38 / DGA34 / DGA32
     3.7   Guru-Guru Penolong Kanan Jawatan Hakiki Gred DGA32 / Memangku ( yang berjawatan sahaja ).
     3.8   Guru Cemerlang Gred DG48
4.  Untuk makluman pihak sekolah format (Presmark) yang sedia ada di sekolah dan masih mengikut pekeliling yang berkuatkuasa sekarang. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh menghubungi Cik Noryati binti Samid di talian 07-3881210 sambungan 302.
Kerjasama dan perhatian pihak tuan / puan amat dihargai. Sekian, terima kasih.

Sila muatturun maklumat Lampiran A ,  Susunan Pegawai yang dinilai dan Format Tambahan LNPT.


Lampiran Fail

http://ppdpgudang.edu.my/images/document-excel.png
Lampiran A (27)
http://ppdpgudang.edu.my/images/document-word.png
http://ppdpgudang.edu.my/images/document-excel.png

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...